PAS tanding 3 kerusi di Kuala Lumpur

Tinggalkan komen

Mei 27, 2012 oleh pemudawilayah


(Tuan Guru Abdul Hadi menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari penjaja Chow Kit)

KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.

“PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.

Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya.

“Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat.

“Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera,” katanya lagi.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.

Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.

Sementara itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan PAS.

Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini. – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: