EDARAN HARAKAH SEMPENA LAWATAN PAS PUSAT KE PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Mei 28, 2012 oleh pemudawilayah


PUTRAJAYA, 28 Mei – Seramai hampir 30 orang anak muda mengikuti program edaran risalah dan akhbar Harakah di Presint 9, Putrajaya malam tadi. Program ini merupakan anjuran PAS Kawasan Putrajaya dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Putrajaya ini diadakan sempena Lawatan PAS Pusat ke Wilayah Persekutuan semalam.

Pimpinan PAS Pusat yang hadir sempena program ini ialah Ust. Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat dan YB Dr. Hatta Ramli selaku Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat. Turut hadir ialah Sdr. Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda PAS WP dan Ust. Mohd Nazir Zakaria, YDP PAS Putrajaya. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh petugas-petugas dari kawasan bantu iaitu Bandar Tun Razak, Cheras dan Segambut

Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mizan, Presint 8 dan diikuti dengan tazkirah maghrib yang disampaikan oleh Ust. Nik Zawawi. Seusai solat isya’ yang diimamkan sendiri oleh Ust. Nik Zawawi, rombongan peserta telah beramai-ramai ke Medan Selera Presint 9 untuk acara edaran risalah dan akhbar Harakah.

Acara santai edaran risalah sambil mendengar ucapan daripada para pimpinan ini bermula jam 9.30 malam. Ucapan dimulakan oleh YB Dr. Hatta Ramli. Beliau telah menyeru kepada semua penduduk Putrajaya supaya memberikan peluang kepada PAS untuk mentadbir Malaysia terutamanya di Putrajaya. Di Dalam ucapannya tersebut, beliau turut mengucapkan takziah kepada peserta yang kemalangan dalam acara perlumbaan sempena Karnival Hari Belia di Putrajaya. Seterusnya ucapan daripada Ust. Nik Zawawi. Beliau telah mengingatkan para hadirin bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyelamatkan negara Malaysia yang kian parah ini.

Program diakhiri dengan para pimpinan mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan para hadirin yang menjamu selera di medan selera tersebut. PAS Kawasan Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan syukur kerana tiadanya sebarang provokasi dan halangan sepanjang program berlangsung.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 121 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: