NAJIB HANYA BERANI DALAM GELANGGANNYA SAHAJA

1

Mei 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya berani berani bercakap melalui media untuk mengutuk Pakatan Rakyat. Datuk Seri Najib dalam satu kenyataannya mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

DPPWP menganggap PM seorang penakut apabila hanya berani berselindung di sebalik media yang dikuasainya serta bercakap melalui forum yang dianjurkan oleh pihaknya. Beliau bebas bercakap apabila tidak ada pihak yang mampu menjawab langsung hujah beliau di atas pentas tersebut manakala media pula dikawal beliau sepenuhnya.  Beliau hanya lantang bersuara dalam gelanggang miliknya tetapi kecut apabila diajak berdebat satu lawan satu dengan musuh politik beliau.

DPPWP menegaskan, segala janji dan komitmen PR dalam memastikan kebajikan rakyat bukan suatu omongan atau janji populis bagi mendapat sokongan rakyat. Ia adalah realistik berdasarkan kemampuan negara serta boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan benar-benar bersih, telus dan adil. PR pula bukannya bodoh untuk menabur janji atas kayangan yang tidak mampu tertunai, malah PR juga memiliki ramai pakar-pakar ekonomi yang mahir dalam semua bidang serta mempunyai pengalaman yang luas merangka polisi negara.

Sebenarnya, BN telah gagal menawarkan kebajikan terbaik kepada rakyat berbanding PR. PM perlu akuinya yang menjadi sebab beliau terpaksa mengalih isu dengan menyerang PR. Mungkin kerana sikap pemimpin sepertinya yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri sehingga beliau gagal mencari formula untuk membantu rakyat. Mungkin juga kerana amalan rasuah, penyelewengan, ketirisan yang melampau di bawah pemerintahan beliau menyebabkan beliau sukar menerima segala tawaran PR yang lebih mesra rakyat.

Jika benar tuduhan PM bahawa PR hanya janji populis, DPPWP mencabar PM supaya menerima pelawaan debat antara beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuduhan beliau perlu dilemparkan di pentas berdebat dan juga peluang mendengar hujah balas daripada PR berkenaan tawaran mereka. Barulah rakyat kenal siapa yang retorik, populis dan siapa pula yang bersikap realistik.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One thought on “NAJIB HANYA BERANI DALAM GELANGGANNYA SAHAJA

  1. abu berkata:

    Najib berani dalam gelanggangnya je? apa mengarut ni, PM Najib adalah PM yang paling berjaya dalam mengharungi cabaran poliltik dan ekonomi dalam masa yang amat singkat, beliau banyak bekerja untuk memakmurkan ekonomi negara untuk di kecapi oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik, perancangan beliau berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara yang membolehkan berbagai bantuan dan rancangan membantu rakyat dilakukan, tapi biasalah ada rakyat yang menikmati kemakmuran ini tapi masih lagi mengutuk dan menggigit tangan orang yang memberi kemakmuran ini. bangsat sungguh manusia seperti ini . Semoga Allah membuka hati mereka untuk berterima kasih kepada sesama insan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: