KONGSI GELAP MENTADBIR MALAYSIA?

1

Mei 30, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengesahkan bahawa wujudnya pakatan sulit di antara kongsi gelap dan PDRM sebagai sesuatu yang serius.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Tan Sri Musa Hassan mengakui wujudnya hubungan rangkaian kongsi gelap dengan ahli politik yang disifatkannya berada pada tahap yang serius.

Ini menunjukkan bahawa negara kita kini bukan lagi ditadbir oleh pemimpin negara tetapi ianya dikawal oleh ahli-ahli kongsi gelap yang mempunyai kepentingan diri. Mereka ini mempunyai pelbagai aktiviti jenayah haram dan dalam masa yang sama mereka juga bersekongkol dengan para pemimpin negara. Bagaimana sesuatu jenayah dapat dibanteras sekiranya ahli-ahli kongsi gelap ini berselindung di sebalik ahli politik negara? Maka tidak hairanlah sekiranya kian hari kian bercambah aktiviti jenayah haram seperti pelacuran, judi dan sebagainya. Maklumat terbaru ini juga menggambarkan bahawa Malaysia kini mencatatkan kadar korupsi yang cukup tinggi dan kian membarah. Apakah keputusan-keputusan di peringkat tertinggi juga dibuat melalui persetujuan ahli-ahli kongsi gelap ini?

DPPWP juga berasa hairan bagaimana situasi sebegini tidak mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Dalam Negeri. Apakah mereka ini hanya pandai mencari kesalahan daripada pihak pembangkang tetapi hanya menutupkan mata mereka terhadap kes-kes sebegini? Apakah adanya pihak yang berkepentingan yang juga mempunyai hubungan dengan ahli-ahli kongsi gelap ini?

Ini ditambah dengan keterbatasan pihak polis dalam menangani aktiviti jenayah di dalam negara kita. Mereka ini sepertimana dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan sering mendapat campur tangan daripada ahli politik. DPPWP menegaskan bahawa seharusnya PDRM merupakan satu badan yang bebas yang mana tidak ada pihak yang berkepentingan masuk campur dalam menjalani siasatannya. Ini bagi menjamin integriti pihak polis yang kini dilihat semakin hari semakin tercalar.

DPPWP melihat inilah hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang telah mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun. Mereka bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara yang kian korup tetapi meletakkan keselamatan rakyat dan negara berada di hujung tanduk demi memuaskan nafsu serakah mereka.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One thought on “KONGSI GELAP MENTADBIR MALAYSIA?

  1. anon berkata:

    Lihat sejarah Johor abad ke 19

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: