Cukai pintu: Pemuda PAS ucap tahniah pada Selangor

Tinggalkan komen

Jun 5, 2012 oleh pemudawilayah


Harakahdaily,

KUALA LUMPUR:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat kerana terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, yang terbaru adalah pengumuman Menteri Besar Selangor untuk memberikan potongan sebanyak 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh itu.

“Pengumuman ini pastinya melegakan seluruh warga negeri Selangor terutama golongan berpendapatan rendah yang rata-ratanya menghuni rumah pangsapuri kos rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan dengan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat, kehidupan rakyat amat tertekan dan terbeban.

Justeru, ujaqrnya usaha kerajaan Selangor itu amat relevan dan sesuai di waktu ini bagi rakyat negeri itu.

Ini, tambahnya menandakan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sentiasa mendahulukan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah bagi memastikan kehidupan mereka terbela.

Apa yang dikagumkan, kata beliau dalam masa pemerintahan yang singkat ini Pakatan Rakyat telah banyak mendahului kerajaan pusat dalam memberikan kemudahan kepada rakyat.

“Pastinya keadaan ini adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang cekap, amanah, efisyen serta tidak terlibat dengan rasuah, skandal atau penyelewengan.

“Bahkan pemimpin Pakatan Rakyat memberikan kebajikan ini tanpa mengenal bangsa, warna kulit, keturunan serta fahaman politik,” ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyarankan kerajaan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional serta kerajaan pusat agar mencontohi usaha kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, manfaat daripada kedudukan ekonomi negeri-negeri wajar disalurkan ke tempat yang sepatutnya, khususnya untuk kebajikan rakyat, bukan golongan elit korporat yang kaya serta kroni terdekat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: