Demo di Kedutaan Syria Jumaat ini

Tinggalkan komen

Jun 6, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Syria di ibu negara Jumaat ini.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, himpunan itu bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad yang tidak henti-henti membunuh rakyat sendiri di negara itu.

Terbaru minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

“Kita akan berkumpul di masjid Tabung Haji dan akan berarak ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat,” kata Riduan kepada Harakahdaily.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.

Presiden Syiria itu juga mengulangi ketegasannya akan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam berdepan batahan rakyat di negara itu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh umat Islam dan individu prihatin bersama mereka Jumaat ini bagi mendesak kerajaan Syiria menghentikan segala kezaliman terhadap rakyatnya – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: