Enggan Meminta Maaf Bukti BN Angkuh Kepada Rakyat

Tinggalkan komen

Jun 12, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek yang enggan memohon maaf berhubung insiden semasa perlumbaan ‘drag’ dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bulan lalu.

Beliau memberi respon bahawa perkara itu tidak berbangkit kerana pihaknya telah mengambil tanggungjawab penuh dengan menghantar semua yang tercedera ke hospital. Beliau juga menambah bahawa anak-anak mereka mungkin akan menghadapi insiden lain juga sekiranya ke acara lain.

Bagi DPPWP, kata-kata beliau itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bernama Menteri. Apatah lagi beliau juga merupakan seorang Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut. Seharusnya, Datuk Seri Shabery Cheek mewakili kerajaan memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas kejadian tersebut bagi menunjukkan keprihatinan. Sekelumit permohonan maaf adalah tidak sukar bagi beliau sebenarnya.

Ini sekaligus menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana sikap pihak menteri Kerajaan Barisan Nasional dalam menganjurkan sesebuah program. Sikap suka berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab sudah menjadi lumrah dan darah daging mereka. Bagi mereka, apa yang penting adalah gahnya nama Barisan Nasional menganjurkan program. Soal-soal lain ditolak ketepi.

Ini juga menggambarkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir dan menjaga kebajikan rakyat. Harta dan keringat rakyat diperah semahu-mahunya dalam merealisasikan agenda mereka. Rakyat diperkudakan demi menjamin kekuasaan mereka di tampuk pemerintahan. Bagi UMNO/Barisan Nasional, harta rakyat merupakan harta mereka.

DPPWP menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar menolak kerajaan Barisan Nasional yang merupakan sebuah kerajaan yang tidak menjaga kebajikan rakyat ini. Sudah tiba masanya bagi sebuah kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional dalam mentadbir Malaysia ini.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: