UNDI RAKYAT SUDAH CUKUP TUMBANGKAN KERAJAAN

Tinggalkan komen

Jun 13, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa lucu dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ‘garam dan botol’ yang digunakan oleh peserta Bersih adalah untuk menumbangkan kerajaan.  Bagi DPPWP, alasan Datuk Seri Nazri adalah jawapan ‘paling tidak cerdik’ yang pernah diucapkan oleh seorang menteri kabinet Malaysia. Ia bukan sebagai justifikasi bagi menggambarkan betapa negatifnya himpunan Bersih 3.0, sebaliknya ia menggambarkan betapa lemahnya intelek seorang pemimpin negara ini dalam menilai perhimpunan tersebut.

DPPWP tidak boleh membayangkan tahap ketakutan Datuk Seri Nazri dan pemimpin UMNO yang lainnya berada dalam darjah tertinggi sehingga boleh menafsirkan botol air mineral dan garam sebagai faktor tumbangnya kerajaan. Jika ini gambaran mereka, ini bermakna kerajaan pimpinan UMNO-BN berada dalam keadaan gawat dan amat goyah sehingga botol air dan garam mampu menggoncang kerajaan.

DPPWP merasakan Datuk Seri Nazri sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang diluar kotak pemikiran rakyat negara ini. Umum mengetahui bahawa himpunan Bersih 3.0 diadakan pada waktu tengahari dan dalam keadaan beratus ribu rakyat hadir menyertainya. Sudah pasti peserta membawa air botol sebagai bekalan bagi menghilangkan dahaga dalam cuaca yang amat panas itu. Ia juga digunakan bagi merawat jika peserta terkena gas pemedih mata atau air kimia yang dipancutkan oleh trak FRU.

Selain itu, para peserta himpunan terlebih awal dinasihatkan membawa garam untuk dikemam bagi mengelakkan kepedihan akibat ditembak dengan gas pemedih mata. DPPWP yakin rakyat tidak terfikir pun bagaimana air mineral dan garam boleh dijadikan senjata untuk menumbangkan kerajaan yang gagah disebalik segala kuasa yang mereka miliki.

Seharusnya Datuk Seri Nazri Aziz sedar, kerajaan mempunyai segala agensi kerajaan yang patuh dan setia dengan segala arahan pemimpin negara. Mereka mempunyai tentera, polis, RELA, Cawangan Khas (SB) dan lain-lain pasukan keselamatan yang jumlahnya amat ramai. Mustahil botol dan garam boleh menumbangkan kerajaan jika pasukan keselamatan ini dikerah menjaga keselamatan pentadbiran negara. Selain itu, kerajaan mempunyai undang-undang yang ketat dan menyebelahi mereka. Negara ini mempunyai peraturan, perlembagaan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sebenarnya, Datuk Seri Nazri tidak perlu menuduh ‘botol air dan garam’ sebagai faktor tumbangnya kerajaan. Kerajaan akan tumbang hanya melalui undi rakyat dalam PRU ke 13. Rakyat kini mampu melihat suasana politik dengan pemikiran yang cerdik dan itulah sebenarnya kegerunan utama BN!

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: