Jaringan Ronaldo bantu Portugal mara

Tinggalkan komen

Jun 22, 2012 oleh pemudawilayah


Tandukan Cristiano Ronaldo sebelas minit sebelum wisel penamat menghantar Portugal ke separuh akhir Euro 2012 dengan kemenangan 1-0 atas Republik Czech pada hari Khamis.

Pemain paling mahal di dunia itu telah melihat dua percubaan beliau sebelum itu terkena tiang tetapi menanduk masuk jaringan ketiga beliau di Euro 2012 selepas hantaran Joao Mountinho daripada sayap kanan.

Ia adalah satu persembahan yang baik daripada Portugal, yang sedang membuat penampilan kelima mereka berturut-turut di suku akhir kejohanan Euro dan akan bertemua sama ada Sepanyol ataupun Perancis di separuh akhir.

Czech memulakan perlawanan dengan agak baik manakala rancangan Portugal adalah untuk menghantar bola kepada Ronaldo di setiap peluang yang mereka dapati dengan harapan kapten mereka dapat membuka tirai perlawanan.

Rembatan beliau beberapa minit sebelum separuh masa terkena tiang sebelum Helder Postiga digantikan oleh Hugo Almeida selepas mengalami kecederaan.

Almeida membazirkan satu peluang yang baik di separuh masa kedua apabila tandukan beliau daripada hantaran Raul Meireles terlalu tinggi.

Sepakan percuma Ronaldo terkena tiang sekali lagi dan perlawanan kelihatan akan menuju ke masa tambahan sebelum penyerang Real Madrid itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Moutinho dan Nani bergabung untuk menghantar bola ke dalam kotak penalti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: