Kemenangan Dr. Morsi Inspirasi Buat PAS

Tinggalkan komen

Jun 25, 2012 oleh pemudawilayah


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

 

KEMENANGAN DR MORSI INSPIRASI BUAT PAS

(25 Jun 2012)

 

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir yang baru. Kemenangan ini wajar buat rakyat Mesir yang telah terjajah lama di bawah rejim Hosni Mubarak yang bertindak zalim terhadap rakyatnya. Rakyat Mesir juga bergelut dengan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak kejatuhan Hosni Mubarak sehingga telah membunuh beribu rakyatnya.

 

Bagi DPPM, tidak ada apa yang lebih memaniskan selain apabila rakyat Mesir memilih jalan demokrasi yang sebenar dalam pemilihan kepimpinan mereka. Justeru, keputusan yang dianggap adil dan telus telah menyaksikan rakyat memilih Dr Mohammed Morsi sebagai Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafiq mewakili proksi rejim terdahulu. Demokrasi yang tulen dan telus adalah jalan keluar bagi mereka yang mencari keadilan dalam sesebuah negara, dan Mesir telah berjaya mendapatkannya.

 

DPPM menganggap kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai inspirasi buat PAS bagi memimpin kebangkitan rakyat dalam PRU ke 13. DPPM percaya kemenangan ini menunjukkan bahawa trend dan gelombang perubahan telah semakin diterima oleh rakyat seluruh dunia dan trend ini sedang menular pula ke negara ini. Jentera dan penyokong PAS di seluruh negara menyambut kemenangan ini dengan bertakbir dan bersyukur serta menaikkan semangat mereka bekerja bagi menghadapi pilihan raya di negara ini pada bila-bila masa.

 

DPPM mendoakan supaya negara Mesir menjadi aman, makmur dan adil di bawah pemerintahan Dr Mohammed Morsi. DPPM juga mengharapkan supaya rakyat di sana turut mendoakan supaya angin perubahan ini melanda negara ini dengan kemenangan mutlak kepada Pakatan Rakyat pula dalam PRU ke 13.


Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: