BB Plaza : Hilangnya Satu Lagi Aset Orang Melayu

Tinggalkan komen

Jun 29, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.

BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 % penyewa di kalangan orang Melayu. Apatah lagi UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera. BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.

DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini. Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti? Tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza ini pula memakan masa selama 5 tahun. Walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu ini menampung kos sewa yang mahal?

Sebelum ini, UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore. Aset-aset ini telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu. Kini, BB Plaza pula ingin dilupuskan. Di manakah peranan kerajaan UMNO/BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu? DPPWP difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza. Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambing hitamkan.

Justeru, DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza ini demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur ini. Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: