Pastikan anda kira baki wang sebelum beredar

Tinggalkan komen

Jun 29, 2012 oleh pemudawilayah


Masyarakat di ibu kota serta bandar besar  yang lain di negara ini sememangnya tidak asing malahan kian selesa dengan gaya hidup “makan di kedai”.

Mungkin kerana faktor-faktor seperti kesuntukan masa, lokasi premis makan yang menjanjikan akses mudah dan pilihan makanan yang banyak menyebabkan “budaya” itu muncul dan menular.

Atau juga warga kota mungkin rasa terlalu penat selepas bekerja seharian menyebabkan ramai di kalangan mereka memilih gaya hidup sebegini.

“Bila balik dan sampai rumah, nak kena masak lagi…” itulah antara keluhan ramai warga kota yang mempunyai kerjaya. Lantaran itu, ramai yang memilih untuk makan di kedai, dapat pilih makanan ikut selera masing-masing dan tidak payah bersusah-susah untuk menyediakan makanan.

“Sebenarnya lebih murah dan lebih cepat,” kata seorang warga pengguna.

Baru-baru ini penulis berkunjung ke sebuah kompleks membeli-belah dan makan di medan selera di ibu kota yang mengamalkan sistem layan diri.

Penulis dan isteri telah memesan makanan di sebuah kedai dan menunggu di kaunter bagi mengambil makanan dan membayar harga.

“RM14,” kata si juruwang akan jumlah yang perlu dibayar oleh penulis dan isteri di kaunter itu.

Isteri penulis menghulurkan sekeping wang RM100 dan juruwang memulangkan baki.

Tetapi penulis rasa tidak sedap hati dan dengan pantas menyuruh isteri, yang telah hampir memasukkan wang baki tersebut ke dalam beg tangan, untuk mengira jumlah wang yang dipulangkan.

Rupa-rupa wang baki yang dipulangkan adalah hanya RM81, bukan RM86 seperti yang sepatutnya.

Bila diberitahu, juruwang dengan pantas menjawab: “Oh RM5 lagi ya,” dan terus memulangkan tambahan RM5 lagi.

Apa yang penulis perhatikan, juruwang memang sudah tahu wang baki adalah RM5 kurang daripada yang sepatutnya.

Kalaulah perkara yang sama berlaku kepada 20 pelanggan sehari, sudah tentu juruwang itu dapat mengumpulkan RM100 daripada “kealpaan” para pelanggan sahaja.

Sebab itulah pelanggan dinasihatkan mengira terlebih dahulu wang baki mereka sebelum beredar dari mana-mana kaunter bayaran.

“Sebaiknya pelanggan kena kira dulu baki wang mereka sebelum meninggalkan kaunter,” kata Gurmukh Singh, seorang aktivis pengguna dan sosial. “Kalau dah pergi jauh atau jarak masanya sudah agak lama, segala aduan anda tidak akan dilayan walaupun episod di mana pelanggan diberi tidak cukup wang baki adalah benar berlaku.”

Satu tabiat pelanggan di kedai makan adalah apabila siap makan, kebiasaannya mereka akan panggil pelayan untuk “kira”.

“Bos kira”. Di kota, sudah menjadi lumrah pelanggan memanggil pelayan atau tuan punya kedai sebagai “bos”. Itu sudah satu kebiasaan bila makan di warung atau kedai tidak kira kedai masakan Thailand, mamak atau yang lain.

Maka datanglah pelayan itu bawa kertas dan pen. Yang lebih canggih lagi, ada yang bawa mesin kira (kalkulator).

“RM 18.50”, kata pelayan berkenaan dan tanpa bercakap banyak pelanggan pun hulur wang dan pelayan itu kembali dengan duit baki dan tanpa bercakap banyak pelanggan pun mengambil tanpa mengira dan terus memasukan baki wang ke dalam saku.

“Kita tidak sedar yang mungkin wang baki itu tidak cukup,” kata Gurmukh. “Katakanlah sehari pelanggan ditipu sebanyak RM1.00. Kalau 50 pelanggan sehari dah maknanya jumlah

ialah RM50.00. Bayangkan dalam sebulan berapa? Itu baru RM1. Kalau lebih bagaimana?”

Ramai di antara pelanggan rasa segan atau malu nak kira satu-satu baki wang yang dipulangkan.

“Bukan apa, takut orang kata saya terlalu berkira sangat. Tetapi selepas saya melihat seorang pelanggan lain bising bila dia mendapati wang baki yang dipulangkan tidak mencukupi beberapa ringgit, saya pun mulalah berhati-hati dan mengira dulu wang baki sebelum memasukkannya ke dalam saku,” kata seorang pelanggan, David Lim.

Kata Lim lagi, dia akan mengira secara mental akan jumlah harga makanan dan membandingkan apa yang dikata pelayan.

“Kadang-kadang mereka datang dengan kalkulator, tapi jangan percaya sangat kalkulator tu betul. Kalau rasa sesuatu yang tidak kena, kiralah balik sendiri,” ujar beliau.

Dia mengimbas kembali satu peristiwa di mana beliau satu keluarga telah pergi makan malam di satu medan selera di Petaling Jaya.

“Pelayan menyatakan bil adalah RM350, saya rasa tidak sedap hati melihat beliau menggunakan mesin kira di tangan dan saya pun kira balik. Amaun yang sebenarnya tak sampai pun RM300… jadi pelanggan harus berwaspada dan jangan biarkan pelayan mengira dengan begitu lewa sebab kita yang kena bayar dan bukan orang lain,” kata beliau lagi.

Kejadian “salah kira” atau pulangkan wang baki yang kurang bukan hanya berlaku di kedai atau warung makan.

“Situasi sama boleh berlaku di kedai runcit atau membayar di tempat lain seperti ketika memperbaharui insurans kenderaan di premis ejen insurans,” kata Gurmukh.

Beliau sendiri mengalami peristiwa tersebut bila memperbaharui insuran motosikal anaknya.

“Ejen insurans menyatakan bahawa saya perlu bayar RM240, dan saya bayar dengan tiga keping wang RM100. Wang yang dikembalikan itu saya terus masukkan dalam saku dan bila sampai rumah saya dapati bakinya hanya RM40 dalam bentuk empat keping RM10 di mana sepatutnya adalah RM60.

“Bila saya pergi semula jumpa ejen insuran itu, dia berkeras sudah memulangkan wang baki yang cukup dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana silap tidak kira dulu depan beliau,” kata Gurmukh.

Bagaimanapun bukan semua pelayan atau tuan punya kedai makan yang bertindak atau berperangai sedemikian. Masih banyak kedai atau warung lain yang jujur dan tidak memberi masalah seumpama itu. — Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: