Sepanyol Catat Sejarah

Tinggalkan komen

Julai 2, 2012 oleh pemudawilayah


Sepanyol belasah Itali 4-0 untuk menjuarai Euro 2012 dan mencatat sejarah menjadi pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut.

Jaringan David Silva dan Jordi Alba di separuh masa pertama dan jaringan lewat Fernando Torres dan Juan Mata mengesahkan Sepanyol sebagai pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut, termasuk Piala Dunia 2010 dan kejohanan Euro 2008.

Sepanyol membuka tirai dengan jaringan pasukan yang sangat hebat melalui tandukan David Silva.

Andres Iniesta menghantar bola kepada Cesc Fabregas di sayap kanan dan bekas pemain tengah Arsenal itu kemudian menghantar bola ke dalam kotak penalti untuk Silva menanduk masuk dari jarak dekat.

Mereka menjaringkan gol kedua mereka sebelum masa rehat selepas hantaran hebat Xavi melepaskan bek kiri Alba di sayap kiri. Pemain yang akan menyertai Barcelona musim depan itu kemudian menjaringkan dengan mudah melepasi Gianluigi Buffon.

Walaupun statistik menunjukkan Itali mempunyai lebih banyak kawalan bola daripada Sepanyol di separuh masa pertama, mereka tidak dapat membuat serangan yang mengancam dengan benteng pertahanan Sepanyol, terutama sekali ketua pasukan Iker Casillas, kelihatan sangat kukuh.

Casillas berjaya menghalang percubaan-percubaan daripada Antonio Cassano, Mario Balotelli dan Riccardo Montolivo untuk memastikan pasukannya tidak dibolos.

Jurulatih Itali Cesare Prandelli menggantikan Cassano dengan Antonio di Natale di separuh masa kedua dan penyerang Udinese itu mempunyai dua peluang baik untuk menjaringkan gol tetapi tandukannya terlalu tinggi dan percubaan beliau selepas itu dihalang sekali lagi oleh Casillas.

Itali terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas pemain gantian Thiago Motta, yang telah menggantikan Montolivo sebelum itu, mengalami kecederaan sebelum pemain-pemain gantian Sepanyol Torres dan Mata menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk bantu Sepanyol catat kemenangan terbesar di perlawanan akhir di dalam sejarah kejohanan Euro. – ESPN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: