AMUK DI PUTRAJAYA MENCALAR 3K BERKEMBAR NAJIB

Tinggalkan komen

Julai 10, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kejadian amuk yang berlaku di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini sebagai satu menifestasi ketidakamanan yang berlaku di negara kita ini.

Dalam kejadian tersebut, seorang penganggur lelaki telah mati ditembak anggota polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Tragedi amuk di depan JPM ini dilihat benar-benar mencalar kredibiliti Najib kerana ianya berlaku di kawasan pejabat beliau sendiri. Ini ditambah dengan pengumuman “3K Berkembar” iaitu Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan oleh Najib di Bandar Baru Bangi sehari sebelum tragedi ini.

Dengan kejadian amuk ini, maka timbul persoalan di benak fikiran rakyat Malaysia, di manakah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dimomokkan oleh Najib? Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Di sana juga terletaknya penginapan bagi para penjawat awam yang bekerja di Putrajaya. Sekiranya Jabatan Perdana Menteri yang terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat pun tidak selamat, bagaimana pula dengan jaminan keselamatan di tempat-tempat lain? Jaminan keselamatan dan keamanan dilihat hanyalah ungkapan kosong semata-mata.

DPPWP juga melihat status keselamatan negara yang kian samar apabila polis yang dilihat sebagai penjaga keamanan turut dijadikan sebagai tebusan oleh lelaki tersebut yang hanya bersenjatakan pedang samurai sahaja. Ini sekaligus menunjukkan bahawa betapa lemahnya kaedah sistem keselamatan yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri tersebut.

Justeru, DPPWP menyifatkan pengumuman 3K Berkembar Najib tidak lain hanyalah omongan kosong demi menutup kelemahan kerajaan UMNO/BN. Ianya dilihat sebagai strategi kuno UMNO/BN untuk memancing undi semata-mata. Namun begitu, syabas diucapkan kepada pihak polis yang masih mampu menangani tragedi amuk ini walaupun terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: