Rekod cemerlang Lo’ Lo’ aset PAS di Titiwangsa

Tinggalkan komen

Julai 10, 2012 oleh pemudawilayah


FOKUS PILIHAN RAYA KUALA LUMPUR: PAS bersedia berhadapan dengan sesiapapun calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa dan mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Keyakinan ini bukan semata-mata bergantung kepada kemenangan selesa Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Namun yang lebih penting rekod cemerlang perkhidmatan Allahyarhamah selama tiga tahun selaku wakil rakyat dan komitmen itu diteruskan PAS Titiwangsa selepas ketiadaan beliau.

Pada PRU ke-12, Allahyarhamah yang meninggal dunia akibat kanser pada 16 Julai tahun lalu mengalahkan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Jumlah pengundi ketika itu adalah seramai 52, 017 orang. Allahyarhamah mendapat 17, 857 undi manakala Aziz mendapat 15,885 undi.

Berbekalkan kemenangan itu, Titiwangsa dengan keluasan 1,494 km persegi yang menjadi kubu kuat Umno sebelum ini menjadi benteng PAS di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, rekod cemerlang ini menjadi kerisauan Umno BN menyebabkan BN lebih berhati-hati untuk meletakkan calon mereka untuk PRU ke-13.

Kemelut politik dalaman Umno seperti ahli yang berpecah kepada beberapa kumpulan sedikit sebanyak boleh memberikan kelebihan kepada PAS.

“Kalau Umno salah letak calon, silap haribulan pengundi mereka boikot dan PAS boleh menang dengan majoriti lebih besar,” kata sumber tersebut yang enggan didedahkan namanya.

Sehingga hari ini, Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani antara nama yang disebut-sebut bakal bertanding di kerusi tersebut.

Menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad (gambar), PAS tidak kisah siapapun calon BN dan akan terus membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU ke-13.

“PAS akan lawan siapapun calon Umno BN kerana kita yakin PAS memberikan perkhidmatan cemerlang dan mampu meneruskan tanggungjawab ini,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Berhadapan dengan isu pembangunan Kampung Baru, Umno dilihat bersungguh-sungguh untuk merampas kerusi tersebut kerana dengan menguasai Titiwangsa, bermakna mereka akan menguasai Kampung Baru.

“Bukan sahaja Kampung Baru yang Umno nak rebut, tapi semua kawasan di Kuala Lumpur ini mereka nak rampas sebab semuanya ada aset penting,” kata beliau.

Masuk gear 5

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi  berkata, PAS Titiwangsa sudah ‘masuk gear 5’ di semua peringkat bagi menghadapi PRU ke-13.


(Zamri ketika berdialog dengan penduduk Titiwangsa)

Katanya, PAS Titiwangsa menumpukan perhatian kepada latihan pilihan raya selain mendekati anak muda yang majoritinya merupakan pengundi kali pertama.

“Persiapan jentera parti banyak memberi tumpuan dari sudut tenaga, latihan pilihan raya dan juga banyak program mendekati golongan muda.

“Secara keseluruhan di Titiwangsa ramai golongan muda termasuk mereka yang pertama kali mengundi,” kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS.

Tambah beliau juga, di samping kerja-kerja pilihan raya, PAS Titiwangsa juga konsisten mengadakan program kerohanian seperti munajat pilihan raya untuk menguatkan mental dan emosi jentera parti.

“Kita kena siapkan jentera parti dengan kekuatan jiwa dan rohani juga, jadi setiap minggu memang PAS Titiwangsa buat munajat pilihan raya,” katanya.

Titiwangsa mempunyai tiga zon iaitu Zon Kampung Baru, Pandan dan Keramat. – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: