PENTAS PEMUDA UMNO: PASTIKAN RAKYAT HADIR DENGAN RELA, BUKAN DIBAYAR!

Tinggalkan komen

Julai 11, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kehadiran siri ceramah Pentas Pemuda yang di canangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di Wilayah Persekutuan. Bagi DPPWP, mungkin pemuda UMNO menyedari bahawa warga Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam menentukan survival politik UMNO di seluruh negara.

Dalam memastikan amalan demokrasi di negara ini hidup subur, tiada masalah dan halangan untuk Pemuda UMNO mengadakan ceramah Pentas Pemuda UMNO  di mana juga di Wilayah Persekutuan. DPPWP yakin tiada tindakan provokasi akan dilakukan oleh ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, tidak sebagaimana yang diterima oleh PR sebelum ini apabila pemimpin dan penonton dibaling batu, telur dan objek di dalam ceramah yang dianjurkan.

Seharusnya Pemuda UMNO faham, bahawa rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan semakin cerdik maklumat dan pengetahuan politik mereka juga tinggi. Mereka perlu sedar bahawa ‘tsunami politik’ dalam PRU ke 13 nanti akan dicetuskan oleh warga Kuala Lumpur yang akan pulang ke kampung masing-masing. DPPWP cukup yakin, rakyat sudah mendapat banyak maklumat dan isu-isu sudah ada dalam poket mereka untuk diterjemahkan dalam PRU ke 13.  Dengan isu rasuah serta penyelewengan seperti isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), skandal pembelian kapal selam Scorpene, dan yang terbaru campurtangan Perdana Menteri dalam pemberian projek LRT Ampang, rakyat semakin meluat dengan telatah pemimpin UMNO-BN yang terlibat dengan pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa.

DPPWP merasakan elok juga pemimpin Pemuda UMNO hadir di WP bagi menjelaskan mengenai skandal yang menimpa pemimpin-pemimpin mereka. Banyak persoalan bertalu-talu oleh rakyat bagaimana pemimpin negara memerintah negara ini seumpama harta mereka sendiri. Kekayaan negara diagih-agihkan kepada kalangan keluarga mereka sedangkan rakyat ditekan dengan pelbagai cukai yang membebankan serta tekanan hidup yang semakin meningkat.

Transformasi Najib yang dibanggakan Pemuda UMNO tidak lain hanyalah retorik semata-mata bagi mengabui mata rakyat. Hakikatnya, negara tidak berubah, malah semakin memundurkan nilai demokrasi di negara ini. Pemimpin PR masih ditekan, media-media masih terkongkong, himpunan aman disekat manakala rakyat diugut, ditahan dan ditembak dengan gas pemedih mata, sementara pelbagai akta dan undang-undang dicipta bagi mengekang kebangkitan rakyat. Tidak hairanlah sekiranya sebuah Majalah di Kanada ‘Globe and Mail’ karangan Mark Mackinnon menggelarkan PM sebagai Demokrat Palsu.

DPPWP mengharapkan ceramah yang dianjurkan nanti oleh Pemuda UMNO mendapat sambutan daripada rakyat biasa yang hadir dengan penuh keinsafan, bukan dari kalangan mereka yang dikerah dan dibayar serta diangkut bagi memenuhkan ruang dewan dan kerusi yang kosong!

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: