WARGA KUALA LUMPUR DISERU HADIR DALAM HIMPUNAN HIJAU PAS WP 14 JULAI

Tinggalkan komen

Julai 11, 2012 oleh pemudawilayah


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyeru rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat supaya hadir ke Himpunan Hijau pada 14 Julai 2012 ini. Himpunan Hijau ini akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan Munajat Perdana Umat Islam Kuala Lumpur diiringi dengan pidato pembakar semangat oleh pimpinan PAS Pusat serta tokoh-tokoh yang dijemput hadir. PAS WP ingin mengingatkan peserta-peserta agar memakai baju Hijau sebagai warna konsep program disamping membawa sejadah masing-masing serta berwudhu’ bagi menyertai Munajat selepas Maghrib nanti.

PAS WP akan membariskan pemimpin tertinggi PAS antaranya Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad – AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat serta Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia serta Vincent Lee – Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Selain itu, PAS WP juga menjemput tokoh-tokoh yang telah menyertai PAS seperti Dato’ Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Dato’ Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng.

Bagi warga Kuala Lumpur khususnya ahli dan penyokong-penyokong PAS, Himpunan Hijau sebagai penyuntik semangat bagi menghadapi PRU ke 13. Tiga buah parlimen yang di amanahkan untuk PAS bertanding, iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan menjadi asas kekuatan PAS di Kuala Lumpur ini. Putrajaya bukan lagi sebuah kawasan selamat bagi UMNO kerana ia boleh runtuh bila-bila masa ditawan PAS manakala Labuan pula akan mencatat sejarah menjadi pertarungan paling sengit dalam PRU ke 13 kelak manakala Titiwangsa, satu-satunya Parlimen yang dimenangi oleh PAS, menjadi  benteng penting untuk dipertahankan kemenangannya.

Himpunan Hijau PAS WP kali ini diadakan di ambang bulan Ramadhan bagi memperkukuh tarbiyah dan keimanan umat Islam menghadapi bulan penuh rahmat ini. Disamping itu, momentum himpunan ini menjadi azimat dan bekal semangat buat semua rakyat pulang ke kampung pada musim perayaan nanti bagi membuat perubahan dalam PRU ke 13. Warga Kuala Lumpur adalah ejen perubahan paling penting bagi melatari landskap politik negara ini. Perubahan penting pasca PRU ke 13 nanti dimulai dengan ‘tsunami politik’ warga Kuala Lumpur nanti, dan akan diikuti oleh negeri-negeri lain seluruhnya, Insyaallah.

KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP

Setiausaha

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: