KAJI SEMULA SYARAT UNDI POS RAKYAT LUAR NEGARA

Tinggalkan komen

Julai 12, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengkaji semula usul membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pos dengan syarat mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Tujuan SPR bagi memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik di tanah air.

Bagi DPPWP, tujuan tersebut adalah tidak relevan sekiranya perlu ada di dalam negara sekali dalam tempoh 5 tahun  semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik tanah air. Dunia kini merupakan dunia yang berteknologi maklumat. Maklumat di seluruh dunia terdapat di hujung jari setiap manusia. Rakyat Malaysia boleh mengetahui perkembangan tanah air hanya perlu dengan melayari internet sahaja. Pelbagai maklumat boleh didapati. Apatah lagi kebanyakan suratkhabar kini menggunakan internet sebagai medium penyebaran berita mereka.

Syarat SPR supaya rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air supaya tahu perkembangan politik di tanah air dilihat seolah-olah memandang rendah keupayaan mereka dalam mengetahui politik semasa. SPR seolah-olah menganggap mereka ini duduk di bawah tempurung. DPPWP percaya rakyat Malaysia di sana sentiasa mengambil berat situasi di Malaysia melalui pebagai medium. Apakah sekiranya mereka ini tidak mengetahui situasi politik, mereka kehilangan kelayakan mengundi yang sememangnya wajib untuk setiap rakyat Malaysia? Apakah SPR boleh mengetahui bagaimana seseorang itu tahu atau tidak perkembangan politik di Malaysia?

Bagi DPPWP, cukuplah sekadar rakyat Malaysia di luar negara ini mendaftar undi sahaja bagi membolehkan mengundi pos. Tidak perlu menyusahkan mereka dengan menetapkan syarat tersebut. Tugas SPR sepatutnya memudahkan setiap rakyat Malaysia untuk mengundi bukan menyulitkan mereka. SPR juga dilihat semakin tidak relevan dengan cadangan-cadangan yang tidak munasabah. Sepatutnya SPR bertindak dengan memperbaiki kepincangan asas sistem pilihanraya seperti yang dibangkitkan BERSIH.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: