Pemuda PAS tuntut Awang Adek jelas cek RM80,000

Tinggalkan komen

Julai 12, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.


(Pemuda PAS tunjukkan salinan cek yang diterima Awang Adek)

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.

Pemuda PAS juga meminta Awang Adek menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohamad Nor nilai RM80,000 yang didepositkan ke akaun Awang Adek ketika itu adalah sangat diragui dan memerlukan penjelasan daripada Timbalan Menteri berkenaan.

Malah katanya, Awang Adek yang juga disebut sebagai pemimpin yang mahu dinobatkan oleh Umno BN sebagai Menteri Besar Kelantan sewajarnya beliau terlebih dahulu mesti dilihat bersih dari sebarang skandal rasuah atau apa jua elemen yang merosakkan integritinya sebagai pemimpin.

“Kami tegas mahukan penjelasan daripada beliau. Apakah terdapat elemen rasuah dan untuk apa jumlah wang ini ditunaikan ke akaun peribadi beliau dalam satu masa?” soalnya kepada wartawan dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohammad pula berkata Awang Adek mesti jujur dan tampil berani membuat penjelasan jika tiada apa-apa yang bertentangan dengan undang-undang dan etika serta nilai integriti sebagai penjawat awam.

Bagaimanapun, Kamaruzzaman enggan mendedahkan syarikat  yang terbabit mengeluarkan cek berkenaan kerana memberi masa kepada Awang Adek menjelaskan perkara ini terlebih dahulu.

“Bagaimana seorang Timbalan Menteri mendapat dua keping cek bertarikh 6 Disember 2012 daripada sebuah syarikat yang berkepentingan,” katanya dalam sidang media bersama.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT). – Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: