Pewartaan Draf Pelan Bandaraya KL 2020 Ditangguh Buat Kali Kedua

Tinggalkan komen

Julai 12, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan tarikh pewartaan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (DPBRKL) 2020 buat kali kedua kepada 28 Feb tahun depan bagi meneliti beberapa isu yang dibangkitkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL sepatutnya mewartakan draf tersebut pada 1 Julai lepas memandangkan segalanya telah siap dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada dasarnya telahpun bersetuju dengan tarikh tersebut.

“Tetapi apabila kami (DBKL) mengadakan satu pendengaran akhir di Institut Latihan DBKL berhubung pewartaan tersebut, penduduk-penduduk memberi bantahan terutama isu yang mengaitkan jalan raya dan juga projek transit aliran massa MyRapid Transit (MRT) yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Ahmad Fuad berkata sehubungan itu, DBKL perlu menangguhkan tarikh pewartaan draf berkenaan buat kali kedua dan meneliti beberapa isu yang perlu diselesaikan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaannya.

Draf tersebut sebelum ini dijangka diwartakan pada 30 September tahun lepas, namun terpaksa ditangguh pada 1 Julai lepas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: