ANAK MUDA DISERU KE XPRESI ANAK MUDA DI PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Julai 13, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP menyeru kepada semua anak muda di Lembah Klang untuk bersama-sama memeriahkan Program Xpresi Anak Muda di Putrajaya pada pagi Sabtu, 14 Julai 2012 ini.

Xpresi Anak Muda di Putrajaya ini akan diadakan secara konvoi bermotor dari segenap pelusuk pintu masuk ke Putrajaya. Konvoi bermotor berbaju hijau ini dijangkakan akan dihadiri lebih 500 orang pemuda dari Wilayah Persekutuan.

Pimpinan-pimpinan PAS yang dijangka turut sama hadir ialah Mohamad Sabu – Timbalan Presiden PAS, Ust. Idris Ahmad – AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Noor Mohamad – Pesuruhjaya PAS WP, Kamaruzaman Mohamad – Ketua Pemuda PAS WP dan beberapa orang lagi pimpinan Wilayah Persekutuan.

Konvoi Xpresi Anak Muda ini akan melalui di setiap kawasan-kawasan perumahan di kawasan Putrajaya. Selain itu, rombongan ini juga akan berhenti di beberapa tempat utama sekitar Putrajaya untuk mengedarkan risalah kepada warga sekitar dan juga diadakan ucapan-ucapan ringkas. Anak Muda diminta berpakaian hijau sebagai warna tema Xpresi Hijau pag tersebut.

DPPWP juga menyeru anak-anak muda Kuala Lumpur untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Hijau Wilayah Persekutuan di waktu malamnya. Program ini akan bermula jam 7.30 malam dengan Munajat Perdana diikuti oleh pidato Pentas Pimpinan PAS usai solat Isyak. Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menjadi lokasi bersejarah dipilih sebagai tempat program Munajat ini berlangsung. Dapatkan informasi dan laporan terkini dari Himpunan Oren serta langkah seterusnya oleh pimpinan PAS Pusat melalui pidato malam tersebut.

YUSAPIZA YA’COB

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS WP

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: