Saya bergiat dalam politik sudah lama – Adam

Tinggalkan komen

Julai 16, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR:PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.

Penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.

Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

“Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit,” ujarnya seperti yang dilaporkan media.

Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.

“Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: