KEBEBASAN MEDIA : SATU LAGI RETORIK UMNO/BN

Tinggalkan komen

Julai 17, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan hak penjualan dan pengedaran akhbar milik Pakatan Rakyat yang sama seperti akhbar-akhbar arus perdana yang lain.

Tan Sri Muhyiddin Yasin telah berkata bahawa anggapan bahawa kerajaan mengongkong dan menyekat kebebasan media tidak benar sama sekali. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmi dan menyampaikan Anugerah Tokoh Wartawan Negara, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011.

DPPWP melihat walaupun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah dimansuhkan namun ia hanyalah sekadar retorika kerajaan BN semata-mata. Sekatan penjualan dan pengedaran akhbar milik Pakatan Rakyat masih seperti dulu. Penjualan hanyalah terhad kepada ahli sahaja. Sedangkan akhbar milik Barisan Nasional seperti Utusan Malaysia yang penuh dengan fitnah dan lucah masih bebas berada di pasaran tanpa sebarang sekatan.

Apakah ini yang dinamakan kebebasan media di negara ini? Diskriminasi terhadap akhbar pembangkang yang terang-terangan menyalurkan fakta kepada rakyat. Kerajaan BN seolah-olah tidak berminat untuk memberikan kebebasan media di negara ini. Penurunan indeks kebebasan media Malaysia kepada 144 yang dikeluarkan Freedom House juga masih belum mampu menginsafkan kerajaan UMNO/BN.

UMNO/BN dilihat semakin takut dengan media-media pro pembangkang apabila kekejian dan keburukan mereka semakin hari semakin dilondeh. Media elektronik semakin berperanan di dalam menelanjangkan UMNO/BN. Keputusan PRU 2008 telah membuktikannya! Kini, UMNO/BN sedang mencari jalan untuk menyekat media elektronik pro pembangkang ini sebagaimana yang dibuat kepada akhbar-akhbar milik pembangkang.

DPPWP melihat UMNO/BN memberikan makna berita fakta dan sahih sebagai berita yang memuji kejayaan UMNO/BN dan keburukan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja. Sekiranya terdapat akhbar yang menyiarkan kritikan kepada kerajaan, maka itu adalah bersifat fitnah dan sekatan serta merta akan dilakukan.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: