SOKONG USAHA AMBIL ALIH SYABAS

Tinggalkan komen

Julai 24, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyokong penuh usaha kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). DPPWP juga menyokong agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatannya.

Bagi DPPWP, SYABAS yang merupakan syarikat konsesi air tunggal di Selangor dan WP telah gagal dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat. Cadangan SYABAS untuk mencatu air kepada rakyat Selangor dan WP ini dilihat sebagai tidak masuk akal. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh wakil kerajaan Selangor ke kesemua 33 loji rawatan air menunjukkan bahawa bekalan air adalah mencukupi. Bagaimana mungkin catuan ingin dilaksanakan sedangkan bekalan air sememangnya mencukupi? Sudah pastilah catuan air tersebut akan mengakibatkan kesusahan dan kerumitan kepada warga Selangor dan WP.

SYABAS juga dilihat telah menjadi satu lagi kuda tunggangan UMNO/BN. SYABAS tanpa segan silu telah mengugut kerajaan Selangor untuk melaksanakan Projek Loji Langat 2. Umum mengetahui projek Loji Langat 2 merupakan projek dana politik UMNO/BN. Seandainya SYABAS mampu menguruskan air dengan cekap, maka projek ini bukan menjadi suatu keperluan lagi. Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 bernilai RM8.65 bilion. Duit siapakah yang akan dikorbankan jika bukan duit rakyat semata-mata? Sudah pastilah sekiranya projek ini dilaksanakan, program air percuma kepada rakyat Selangor tidak dapat diteruskan.

DPPWP juga melihat tindakan kerajaan UMNO/BN yang beria-ia mempertahankan pembinaan Loji Langat 2 ini semakin jelas mengesahkan perkara ini. UMNO/BN dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan dana walau apa cara sekalipun. Tindakan jawatankuasa kabinet yang tidak memanggil wakil kerajaan Selangor dalam perbincangan isu air Selangor juga dilihat tidak beretika dan seolah-olah ada agenda tersembunyi. Seharusnya wakil kerajaan Selangor dijemput sama berbincang sekiranya kerajaan UMNO/BN telus dalam menjaga kebajikan rakyat.

Justeru, tindakan kerajaan Selangor yang ingin mengambil alih SYABAS dilihat sebagai suatu langkah yang bijak dalam mengatasi kemelut yang melanda kini.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: