Arsenal 2-1 Malaysia

Tinggalkan komen

Julai 25, 2012 oleh pemudawilayah


Arsenal 2-1 Malaysia

Malaysia hampir-hampir menewaskan gergasi Liga Perdana Arsenal di persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Tidak selalu para penonton akan dapat lihat sebuah pasukan Malaysia menewaskan pasukan daripada Liga Perdana. Kali terakhir ia berlaku adalah pada tahun 1975 apabila Mokhtar Dahari menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 atas Arsenal.

Di perlawanan semalam, pemain bek kiri Azmi Muslim memberikan pendahuluan kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan hebat dari jarak jauh di separuh masa pertama.

Tetapi Arsenal, yang seperti biasa mempunyai lebih banyak kawalan bola daripada pasukan lawan mereka, bangkit lewat dalam perlawanan dan menjaringkan dua gol di dua minit terakhir perlawanan melalui Thomas Eisfeld dan Chucks Aneke.

Selepas perlawanan itu, Wenger memuji pasukan Datuk K. Rajagopal dan berkata beliau gembira dengan tahap perlawanan itu.

“Ia adalah perlawanan yang baik untuk kedua-dua pasukan. Kawan saya ini (Rajagopal) telah membina sebuah pasukan yang baik. Ia adalah satu sesi yang positif,” Wenger berkata.

Walaubagaimanapun, Wenger menegaskan pasukannya masih belum sampai ke potensi sebenar mereka kerana masih baru sahaja memulakan persediaan untuk musim baru Liga Perdana.

Beliau berkata beberapa pemainnya “seperti Theo Walcott hanya mula berlatih beberapa hari yang lalu.”

“Sebab itu beliau (Walcott) hanya bermain untuk 25 minit sahaja. Secara fizikal, kami masih belum sampai ke tahap biasa kami. Dari segi teknik dan taktik, kami masih perlu membetulkan lagi beberapa perkara,” kata Wenger.

Pengurus Arsenal itu juga telah memuji pemain-pemain Malaysia Mohd Aidil Zafuan, kapten Safiq Rahim, pemain tengah Gary Steven Robbat, pemain sayap S. Kunalan dan penjaga gawang Mohd Farizal Marlias kerana memberikan persembahan yang baik di perlawanan itu.

Rajagopal pula tidak begitu gembira dengan pasukannya kerana dibolos dua kali di saat-saat akhir perlawanan.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui penukaran-penukaran yang beliau telah membuat di suku terkahir perlawanan itu telah menjejas corak permainan pasukannya.

“Kami tidak memulakan perlawanan dengan begitu baik dan Arsenal, yang terkenal dengan gaya permainan kawalan bola mereka, memberikan kami satu pengajaran dalam bola sepak. Tetapi para pemain saya menunjukkan pergerakan yang baik dan kami tahu Arsenal akan menyerang kami apabila mereka menukar 10 pemain di permulaan separuh masa kedua,” kata Rajagopal, yang merasakan prestasi pasukannya telah meningkat sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya berkongsi falsafah yang sama sama dengan Wenger … untuk bekerja dengan pemain-pemain muda.”

Rajagopal kini akan menyediakan pasukannya untuk satu lagi cabaran yang sukar – menentang juara Liga Perdana Manchester City di stadium yang sama pada hari Isnin.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: