CADANGAN SAMAN SERTA MERTA ATAU KENDERAAN DITAHAN TIDAK RELEVAN

4

Ogos 1, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah cadangan Suruhanjaya Khas untuk mengkaji perkhidmatan awam yang mencadangkan supaya semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan.

DPPWP menganggap cadangan ini amat keterlaluan serta tidak sesuai dilaksanakan kerana menganiaya pengguna jalan raya. Meskipun DPPWP bersetuju pesalah trafik dikenakan hukuman, namun untuk membayar serta merta saman yang dikenakan ke atas mereka merupakan cadangan yang tidak tidak relevan. Ini kerana bukan semua pengguna trafik terdiri daripada kalangan mereka yang berkemampuan untuk membayar saman serta merta. Kemungkinan mereka mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan dengan segera, dan jika kenderaan mereka ditahan kerana gagal membayar saman tersebut, ia dianggap telah menzalimi pengguna jalan raya.

Cadangan ini juga dibimbangi akan menggalakkan gejala rasuah antara polis trafik dengan pengguna jalan raya. Jika selama ini, tiada bayaran dikenakan oleh polis trafik semasa menyaman pengguna, namun masih rasuah berleluasa, bagaiman pula jika bayaran terpaksa dibuat serta merta dengan kos tambahan terpaksa diselit dicelah-celah bayaran tersebut bagi mengurangkan atau menghapuskan saman mereka? Gejala ini mungkin akan menjadi bertambah parah dan sukar dikesan jika ianya benar-benar dilaksanakan nanti.

Sepatutnya suruhanjaya perlu melihat kepada keperluan dan kemampuan rakyat. Saman adalah suatu hukuman dan pendidikan kepada pengguna supaya patuh kepda peraturan jalan raya. Dengan saman pengguna akan lebih berdisiplin, dan ini sudah tentu akan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Saman diadakan bukan untuk berniaga antara kerajaan dengan rakyat, ia hanya alat bagi mengajar pengguna erti peraturan yang perlu dipatuhi di jalan raya. Bagi pengguna jalan raya yang tidak mampu membayar saman serta merta, mereka perlu diberi peluang untuk menjelaskan saman di kemudian hari dalam tempoh yang diberikan.

Selain dari itu, kerajaan juga perlu melihat kepada alternatif lain dalam mendidik pengguna jalan raya selain daripada saman. Yang penting adalah ianya dapat meningkatkan kesedaran pengguna terhadap aspek keselamatan jalan raya. Jika mekanisme lain mampu mendidik dan mendisiplinkan pengguna jalan raya tentang peri pentingnya mematuhi peraturan jalan raya, ia amat baik untuk dilaksanakan selain dari saman.

Justeru, DPPWP meminta suruhanjaya khas mengkaji balik cadangan tersebut dan menggantikannya dengan cadangan yang lebih relevan, sesuai serta menyenangkan semua pihak supaya tidak ada pihak yang merasa dizalimi oleh kerajaan.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

4 thoughts on “CADANGAN SAMAN SERTA MERTA ATAU KENDERAAN DITAHAN TIDAK RELEVAN

  1. otaklunyai berkata:

    Insyaallah… lagi zalim lagi cepat runtuhnya…mari kita berdoa ramai2… AMIN…

  2. nasa berkata:

    Setuju…

  3. aris berkata:

    saya setuju walau pun berat hati sebab saya diantara yg sering kena saman hehehe.. cuma kategorikan kesalahan (saman) yg perlu dibayar serta merta biasanya kesalahan yg membahayakan dari segi trafik dan nyawa. Kalau lampu brek ketiga x menyala kena saman serta merta, bagi saya itu satu tindakan yg mengarut!! Sebab tu kategorikan saman serta merta dan yg boleh diberi tempoh, jangan guna kuasa tanpa pertimbangan dari akal untuk kesejahteraan pengguna jalan raya Malaysia… dan 1 lg kalau dah nk saman instant, mana2 jalan, trafik lights yg membahayakan pengguna jalan raya pihak berkenaan kena buat pembaik pulihan segera jugak lah, baru lah adil, “take and Give and win to win situation”.. amacam pihak berkenaan?! ada berani????

  4. idin din berkata:

    takbir,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: