UMNO/BN PUNCA SEBENAR KUCAR-KACIR MALAYSIA

Tinggalkan komen

Ogos 9, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) membidas Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mengatakan bahawa Malaysia akan kucar-kacir sekiranya diperintah oleh pihak pembangkang. Khairy Jamaluddin telah mengatakan bahawa penggunaan tiga tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak bersetuju atau sependapat.

DPPWP ingin menegaskan bahawa pentadbiran UMNO/BN inilah yang sebenarnya menyebabkan Malaysia kini semakin kucar-kacir dan huru-hara. Selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia, statistik jenayah semakin meningkat. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang kian menjerut leher setiap rakyat Malaysia. Korupsi di setiap peringkat semakin lama semakin membarah. Semakin hari semakin banyak skandal pemimpin UMNO/BN didedahkan. Ini sekaligus membuktikan bahawa UMNO/BN merupakan pemangkin ke arah Malaysia yang kacau bilau dan kucar kacir.

Negeri-negeri Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa pelbagai isu negeri yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan oleh BN, telah dapat diselesaikan oleh pihak Pakatan Rakyat dengan bijak. Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa hutang kerajaan negeri mampu dilunaskan dalam jumlah yang besar dengan hanya beberapa tahun memerintah. Ia berbeza dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Kian hari kian bertambah hutang.  Sebagai contoh, Selangor mampu memberikan perkhidmatan air percuma kepada rakyatnya, Pulau Pinang juga telah memberikan kenaikan elaun guru kafa. Semua ini tidak ada di zaman pemerintahan UMNO/BN dahulu. Jadi, di mana bukti Malaysia akan kucar-kacir sekiranya ditadbir oleh Pakatan Rakyat?

Semangat warga Malaysia berbilang kaum dapat ditonjolkan dalam setiap negeri Pakatan Rakyat. Bermula dengan tema yang mencerminkan mesra rakyat Malaysia sehingga cara hidup setiap bangsa di setiap negeri. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah terbukti mampu mentadbir negeri dengan baik tanpa sebarang kucar kacir sepertimana yang digembar-gemburkan. Ketokohan dan kebijakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri menjadi kecemburuan UMNO/BN sehingga mencari pelbagai ruang dan peluang untuk memburukkan apa sahaja usaha yang baik dilakukan.

Justeru, DPPWP ingin menasihatkan Pemuda BN supaya melihat dan memperbetulkan dahulu para pemimpin UMNO/BN sebelum membuat kenyataan yang melulu. Pemuda BN harus sedar bahawa rakyat kian hari kian meluat dengan para pemimpin UMNO/BN yang menjadikan Malaysia semakin hari semakin kucar kacir. Rakyat Malaysia pasti akan menolak UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: