Majlis hari terbuka Aidilfitri PAS meriah

Tinggalkan komen

September 9, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: Biarpun hujan mula membasahi padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadiri majlis terbuka Aidilfitri PAS Pusat,hari ini.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu, dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum, sama ada Cina, dan India.

Kebanyakan orang ramai yang hadir turut membawa anak kecil bersama-sama bagi memeriahkan suasana hari terbuka itu.

Pada tahun ini, PAS Pusat menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya sate, lemang, nasi dagang, kuey tiaw goreng, mee goreng, dan menu kegemaran kanak-kanak, aiskrim.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS berada pada majlis sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan para hadirin berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan.

Pengarah program, Mohamad Nor Muhammad, berkata seramai 500 petugas dari Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Negeri Sembilan membantu melancarkan majlis.

“Terima kasih kepada yang hadir, yang difahamkan bukan sahaja dari sekitar Lembah Kelang, tetapi juga dari Negeri Sembilan. Sambutan agak menggalakkan, sehinggakan menu utama iaitu nasi dagang sudah habis sejak jam 3 petang,” kata beliau yang ditemui pada majlis tersebut.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tersebut.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. – Harakahdaily

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
September 2012
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: