Hina Nabi: PAS desak Amerika ambil langkah serius

Tinggalkan komen

September 13, 2012 oleh pemudawilayah


KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel Amerika dari Amerika Syarikat.

“PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.

Beliau menegaskan, ianya hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

PAS juga, kata beliau turut merasa terkilan, sedih, dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga kakitangan diplomatik dan keselamatan Kedutaan Amerika di Libya yang telah terbunuh dalam protes yang bertindak di luar kawalan itu.

Justeru, beliau menambah PAS juga ingin menggesa pihak kerajaan umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan Kerajaan Malaysia khasnya untuk melindungi serta memastikan keselamatan para diplomat dan kakitangan diplomatik yang bertugas di negara ini.

“Ingin saya tegaskan bahawa Islam memberi pengiktirafan tinggi terhadap kehadiran mereka dan kerajaan umat Islam wajib menjaga keselamatan para kakitangan diplomatik ini yang menjadi sebahagian tanggungjawab pihak kerajaan tuan rumah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – Harakahdaily

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
September 2012
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: