Usaha Pemartabatan Bahasa Melayu, Perlu Bersepadu.

5

Usaha pemartabatan Bahasa Melayu bukanlah usaha minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaan pada 1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan perundangan terutamanya.

Namun begitu, usaha pemartabatan Bahasa Melayu kini hanya dilihat bermain secara formaliti dan secara ketidakterlibatan. Secara formaliti dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai tujah yang berkesan lantaran perjuangan bahasa ini sekadar bertindak sebagai ‘gula-gula’ dalam politik tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti DBP, usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik dan pendeta kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun usaha-usaha peribadi kelihatannya tiada keterlibatan dan kesan dalam masyarakat. Hal ini adalah disebabkan perjuangan ini terpinggir dan terasing dalam arus semasa negara kita sendiri!

Bahasa Melayu dalam perundangan Malaysia

Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu bukan sahaja diisytiharkan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam majlis dan ‘ritual’ kerajaan tertentu, ianya juga perlu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahawa perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun. Selain itu bahasa ini perlu dijadikan sebagai lingua franca. Maksud lingua franca tidak sama dengan bahasa rasmi atau kebangsaan. Lingua franca akan membwa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Inilah hakikat yang telah tercabut daripada bahasa bertuah ini.

Bahasa Melayu pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sudah sewajarnya bahasa Melayu sejak lama dulu digunakan dalam sistem perundangan Malaysia. Jika di negara seperti Jepun, Indonesia dan Eropah menggunakan bahasa majoriti dan bahasa Ibunda sebagai pengantar kehakiman, mengapa kita tidak?

Kata pendeta Za’ba,

“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman”.

Bahasa menjadi utama apabila mengiringi kuasa ekonomi dan politik.

Satu teori umum berkenaan survival bahasa adalah apabila ianya mengiringi pembawaan kuasa ekonomi dan politik sesuatu tamadun. Bahasa Greek dan Latin pernah menjadfi pengantar kepada tamadun Gangsa. Bahasa melayu pula telah diinstitusikan sebagai bahasa utama, bahasa epik dan bahasa adat apabila sahaja Kesultanan Melayu Acheh, Melaka dan Johor Lama membina empayar. Akibatnya bahasa ini turut mempengaruhi bangsa-bangsa pedagang asing untuk turut menyebar dan menggunakan bahasa melayu di tempat asal mereka.

Dr. Gerry Knowles (Pensyarah Linguistik University Of Lancaster UK) pernah membentang kertas kerja yang menyatakan bahawa bahasa boleh berkembang maju dan menjadi bahasa dunia disebabkan 2 faktor utama, iaitu kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan. Bahasa yang mempunyai salah satu kuasa atau kedua-dua kuasa tersebut mampu berkembang maju dan menjadi salh satu bahasa utama dunia.

Kita meneliti kini bahawa Bahasa Inggeris meningkat dan meluas akibat bertapaknya hegemoni dan globalisasi tajaan British. Kemudian klonnya yang terkemudian iaitu Amerika Syarikat pula telah melengkapkan lagi hegemoni bahasa tersebut walaupun tedapat beberapa perubahan dielek dan sebutan tertentu.

Sejarah juga merakamkan bahawa bahasa juga berkemungkinan akan jatuh serentak dengan kejatuhannya kerajaan dan empayar berkenaan seperti empayar Perancis, Jerman dan Uthmaniyyah[1] sendiri.

Nilai inklusif boleh menyelamatkan survival bahasa.

Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu adalah bahasa yang lentur serta kaya dengan khazanah kosa dan istilah yang banyak. Nilai adaptasi daripada bahasa luar menyebabkan bahasa ini anjal dengan ketamadunan global.

Menurut Haugen, sejarah bahasa memperlihatkan bahawa tidak terdapat bahasa yang secara semulajadinya tidak mampu atau terencat kerana semua bahasa yang maju pada hari ini suatu ketika dahulu tidak maju, tetapi kerana peluang diberikan kepada bahasa itu untuk berkembang, bahasa berkenaan dapat mencapai taraf kemodenan, kecanggihan dan keintelektulan seperti hari ini.

Menjadi paradoks besar kepada bahasa melayu selaku bahasa kebangsaan jika bahasa ini tidak dinobatkan serta dijalinkan dengan sosial masyarakat Malaysia secara harmoni. Metos yang mengatakan bahasa Inggeris sebagai agen utama dan satu-satunya jalan untuk pencapaian ketamadunan adalah suatu metos besar yang akan membawa petaka paranoid kepada generasi akan datang. Keterhakisan nilai setempat, aura Islam dan ketamadunan melayu dalamnya akan menimbulkan simptom jelas pada masa akan datang.

Bahasa yang inklusif adalah suatu klausa yang salah. Inklusifnya bahasa bergantung kepada sikap pendeta dan pemikir bahasa itu sendiri untuk bersikap inklusif atau eksklusif. Sifat keterbukaan perlu ada dikalangan pemikir bahasa melayu untuk menyelamatkan bahasa ini daripada hanyut terus daripada arus perkembangan global.

Kita melihat sendiri bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat ketiadaan transaksi kosa kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa lain yang menguasai dunia. Hal ini turut menimpa bahasa Sanskrit yang hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta mematikan terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit tidak lagi ditutur luas apatah lagi untuk difahami.

Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun India, Buddha dan Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang telah memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa tersebut serta menjadikan ianya relevan untuk digunapakai.

Indonesia berjaya menjulang bahasa Melayu-Indo nya melalui sikap inklusif dikalangan pendeta bahasa mereka sehingga sebegitu banyak perkataan Inggeris yang diIndonesiakan. Penterjemahan filem dan buku-buku secara pesat menjadikan rakyat ‘amat bergantung’ dengan bahasa tersebut sekaligus menjadi bukti penataran bahasa Melayu di sana. Pada pendapat saya, transaksi dan transisi bahasa Melayu untuk menerima unsur-unsur bahasa asing adalah suatu sikap dan keterbukaan yang akan membawa kembali Bahasa Melayu ke persada dunia glokal[2].

Penutup.

Bahasa indah ini perlu ditatarkan[3] sebaik mungkin. Menunding jari kepada mana-mana pihak untuk mencari kesalahan adalah mudah. Akan tetapi sikap dan usaha sendiri untuk membawa bahasa ini kembali dijulang kelihatannya tidak bermaya. Saranan serius daripada penulisan ini adalah mencari ruang untuk kita membawa kesedaran ini demi servival nilai tempatan. Kukuhnya Melayu dan nilai Islam adalah akibat kukuhnya bahasa yang menjadi pengantar umat itu sendiri. Kukuhnya Islam kerana Bahasa Arab. Kukuhnya Melayu adalah dengan menggenggam kembali bahasa ini. Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia, bukannya bahasa etnik yang diperosok jauh di penjuru global.

Muhammad Nuruddin Bashah
kampung Terang balik Pulau
9.30 pagi 18 Disember 2006
http://munawwarah. blogdrive. com

Anda ingin berusaha memartabatkan bahasa Melayu? Email saya : jihadin82@yahoo. com. Ada usaha bersama yang boleh dilaksanakan.

——————————————————————————–

[1] Empayar Uthmaniyyah tidak menjadikan bahasa sebagai materi utama ketamadunannya. Sebaliknya hanya menyebarkan adat-istiadat, agama dan kesusateraan serta pengajian ilmu-ilmu sains Islam sahaja. Hal ini telah membantutkan pengukuhan hegemoni Uthmaniyyah dalam negara-negara naungannya sendiri. Sikap zalim pada pengakhiran empayar telah menyebabkan dialektik budaya berlaku dikalangan rakyat di negara yang bernaung dimana penjajah memanipulasikan semangat nasionalis dan semangat cintakan sejarah asal tanahair untuk menyaingi unsur ketamadunan Turki.

[2] Istilah Glokal selalunya dikaitkan dengan nilai dan paradigma seseorang dimana nilai keterbukaan (global) yang ada pada mindanya tidak menghakiskan jatidiri akibat pasak jatidiri tempatan (lokal) yang kukuh. Saya tidak menggunakan istilah ini sebegitu sebaliknya mengaitkan Glokal dengan medium, prasarana, ruang atau wahana untuk bahasa Melayu bertapak iaitulah berada sama tinggi dengan bahasa asing di peringkat global serta tidak janggal pula digunakan di peringkat tempatan.

[3] Tatar ada penambahbaik atau ‘upgrade’. Istilah ini janggal kerana tidak dibawa dalam institusi masyarakat. Contohnya istilah canggih telah mendapat tempat yang luas dalam kosa masyarakat kerana digunapakai secara serius oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kuasa politik dan keseriusan pemimpin boleh menghakis kejanggalan penggunaan istilah melayu yang sebenarnya amat kaya.

5 thoughts on “Usaha Pemartabatan Bahasa Melayu, Perlu Bersepadu.

  1. jonathan berkata:

    hello… bagusnya karya di atas….
    saya ingin tahu lebih banyak informasi berkaitan dengan peranan bahasa melayu sebagai bahasa pendidikan. terima kasih…

  2. Nuruddin berkata:

    hubungi saya untuk bicara lanjut isu bahasa ini 017 6291368

  3. jamuna rani a/p vigia kumarian berkata:

    SILA BAGI PENERANGAN UNTUK PELAJAR STPM AGAR MUDAH UNTK KITA RUJUK MASA NAK KARANAGN……BKN KATA SKRNG X OK…CUMA NAKKAN LEBIH BANYAK LAGI…HAARAP X MARAH THANKS.

  4. nur hafizah berkata:

    terima kasih sbb karya di atas dpt membantu sya menyiapkan folio sejarah sya…sya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih…

  5. nurhidayatul sofea mazlan berkata:

    terima kaseh atas karya yg ditunjukkn kerana m’bantu saye menyiapkn buku skrap sej sye …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: