HALANG KEMENANGAN BN PASTIKAN AKTA KG BHARU TERBATAL

Tinggalkan komen

September 11, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 serta merta jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan. Ini susulan daripada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan Akta ini jika PR mendapat mandat memerintah Malaysia dalam Pru ke 13.

DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Bharu. Dalam keadaan isu ini didiamkan dari pengetahuan rakyat, pemimpin PR terus memainkan isu ini sebagai agenda penting PR bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat.

DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya pemilik Kampung Bharu. Pastinya kenyataan ini akan melegakan penduduk Kampung Bharu keranan jaminan bahawa tanah milik mereka akan dikembalikan kepada mereka setelah dizalimi oleh kerajaan BN.

Isu Kampung Bharu membuktikan bahawa UMNO telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini. Isu ini menjadi tanda aras kezaliman kerajaan UMNO terhadap rakyat. Penduduk Kampung Bharu dinafikan hak terhadap tanah mereka sendiri semata-mata kerana memberi laluan kepada pembangunan. Pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya. Ternyata slogan Rakyat Didahulukan serta Janji Ditepati hanyalah kata-kata manis yang indah diucapkan di lidah pemimpin mereka, hakikatnya ia adalah suatu yang pahit untuk ditelan apabila menghadapi kenyataan.

DPPKT akan menjadikan kenyataan pemimpin PR sebagai informasi penting untuk disampaikan kepada rakyat khususnya warga Parlimen Titiwangsa supaya mereka jelas dalam menentukan hala tuju politik negara. Memilih BN di negara ini bererti mengekalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 dan sekaligus mematikan hasrat penduduk untuk memiliki tanah tersebut. Lima tahun mendatang terlalu panjang masanya buat mereka menuntut hak mereka kembali kerana terlalu banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh tersebut. Sebaliknya memilih PR akan memastikan tanah Kampung Bharu tidak terusik bahkan ianya akan kembali ke pangkuan rakyat sebagaimana asal.

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
September 2012
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF