PENDUDUK BANTAH 7-ELEVEN JUAL ARAK

5

Mei 22, 2006 oleh pemudawilayah


Photobucket - Video and Image Hosting

Kuala Lumpur, Taman Melati Setapak. 13 Mei – seramai 400 penduduk Taman Melati, Setapak telah mengadakan satu bantahan di hadapan kedai 7- Eleven Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Bantahan tersebut bermula dari Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati dan di ikuti perarakan menuju ke hadapan kedai 7-Eleven. Tunjuk perasan tersebut di lakukan kerana di atas tindakan tidak berpuas hati penduduk terhadap kedai 7-Eleven menjual arak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelum ini, satu badan bertindak isu ini telah di tubuhkan dan satu memorandum bantahan telah di hantar pada 9 Februari 2006 kepada Pengurus Besar Conveniene Shopping Sdn. Berhad di Plaza Imbi. Memorandum bantahan ini ditandatangani oleh penduduk Taman Melati dan kawasan sekitarnya meliputi Kg. Setia Jaya, Kg. Wira Jaya, Flat DBKL, Taman Melati, Aparment Kenari, Setapak Indah, Taman Bunga Raya dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati. Memorundum ini juga di hantar salinan kepada Y.B. Prof. Datuk Dr. Abdullah bin Md. Zin (Jabatan Perdana Menteri), Y.bhg. Encik Ayud bin Hussin (Jabatan Pelesenan DBKL), Y.bhg Che Mat bin Che Ali (Ketua Pengarah, Kompleks Pusat Islam), dan Dato’ Dr. Ma’omor bin Osman (Presiden, Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Malangnya, pihak pengurusan Conveniene Shopping Sdn. Berhad masih belum mengambil apa-apa tindakan. Penduduk Taman Melati amat kecewa dengan perkembangan ini, seolah-olah tidak sensitif dan peka terhadap 97% penduduk Melayu Islam di kawasan ini.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lanjutan daripada itu, satu kempen mengboikot kedai tersebut di lancarkan. Banner turut di gantung di sekitar Taman Melati dan edaran risalah mengbaikot 7-Eleven di lakukan. Tidak cukup itu sahaja, malah poster turut di tampal dilaluan utama dan sekitar Taman Melati. Ekoran dari itu, demotrasi telah di adakan selepas solat Jumaat bermula di Masjid Sallehuddin Al-Ayubi dan perarakan menuju ke kedai 7-Eleven. Pelbagai spanduk di naikkan, antaranya Boikot 7-Eleven selagi Arak Di Jual, Arak Ibu segala Maksiat, Islam Hadhari benci Arak dan sebagainya. Perarakan tersebut di ikuti dengan laungan menboikot 7-Eleven, Kami Benci arak. Ucapan turut di adakan menguntuk keras tindakan 7-Eleven menjual arak di kawasan itu oleh wakil penduduk. Pada jam 6.00 petang pula, risalah boikot 7-Eleven di edar di pasar malam Taman Melati.

Satu perjumpaan turut di adakan dengan Wakil Menteri Wilayah Persekutuan, Mohamed Hashim pada petang ini jam 6.00 petang. Satu salinan surat Bantahan dan Memorandum di serahkan kepada beliau sebagai wakil menteri. Beliau bersetuju dengan tindakan ini dan berjanji akan mengambil tindakan. Kempen mengboikot ini akan terus dilakukan selagi kedai 7-Eleven tersebut masih menjual arak dan tindakan susulan akan di lakukan sekiranya tiada tindakan di ambil oleh Conveniene Shopping Sdn. Berhad tersebut.

5 thoughts on “PENDUDUK BANTAH 7-ELEVEN JUAL ARAK

  1. A'min2u berkata:

    tapi nmpaknyer masih tiada apa2 tindakan…

  2. Yusharizal berkata:

    Salam…

    Saya memerlukan semua dokumen mengenai “penduduk bantah 7 – eleven jual arak.”

    Kami Pas Kota Warisan & Surau kat nak buat jugak bantahan yang sama.

    Saya boleh dihubungi 016-6655090

    Terima kasih.

  3. fadzli berkata:

    saya merupakan staff 7-Eleven yang amat bersetuju dengan kempen tersebut.Kami hanya mampu menolak pembelian arak oleh umat islam tapi dibalas dengan cacian dan makian.
    Adakah umat islam sekarang masih ada yang lupa tentang pahala dan dosa.

  4. Abd.Wahid berkata:

    saya terharu dgn jawapan fadzli.Tetapi sudah x hairan,sbb memang pun sudah ramai orang melayu yang terlalu berani minum arak..membiarkan agama tercabut mcm tu saja….

    Memang akhir zaman di malaysia niKEBANYAKAN orang melayu, islamnya hanya pada nama aja..tapi ikut budaya nasaro dan yahudi…(na’azubillah semoga allah menjauhi kita dari kejian spt itu)

    Tetapi apakah altenatif saudara fadzli dalam memboikot syarikat 7E?
    Bagi saya,sekiranya saya menjadi tempat saudara,saya tidak sanggup bekomromi,tidak sanggup menangung dosa dan tidak sanggup ambil duit gaji haram daripada 7E.

    Wajib saudara mencari kerja yang halal di tempat lain…kerana walaupun kita xjualkan kepada org islam,tetapi kita masih bersongkol dengan penjualan arak…dan sekiranya 7e mendapat untung dr penjualan arak,gaji yang saudara dapat tu mcmmana agaknya ya?

    ATTN TO STAFF 7E(majoriti orang melayu kerja di 7e)
    Kepada pekerja2 islam 7E,banyak lagi pekerjaan halal diberkati allah…carilah yang halal…jangan kita termasuk kepada yang haram.walaupun niat baik mencari kerja untuk sara keluarga etc etc etc…tetapi x ada gunanya kita masih bersongkol lagi dgn syarikat haram ni.apa la guna rezeki kita dpt tu tapi kite masih dilaknati…na’azubillah

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Mei 2006
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF