Apabila gengster kuasai polis, apa jadi?

Tinggalkan komen

Julai 9, 2007 oleh HermanSamsudeen


Oleh Penarik Beca

Mula-mula Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau mahu penjenayah gerun dengan polis, dalam setiap saat hidup mereka.

Ketika sedang bergelut dengan Streamyx yang tak jemu-jemu mengajar saya tentang ketahanan jiwa dan kestabilan emosi, tiba-tiba Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menelefon. Beliau berharap sungguh-sungguh semua bloggers yang berakal bangkit beramai-ramai untuk menyatakan bahawa rakyatlah yang gerun kepada polis.

Fikir-fikir, memang sungguh saya takut kepada polis. Memang takut, sebab Timbalan Komander UTK, Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff menjawab “ya” apabila Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bertanya, “Ada kemungkinan ada bahan letupan yang tidak habis dan tidak dipulangkan ke dalam stor?”

Mastor turut memberitahu, tidak ada prosedur dalam UTK yang membolehkan semakan dilakukan di kuarters atau kediaman peribadi pegawai atau anggotanya berhubung penyimpanan peluru, senjata api dan bahan letupan.

Oleh itu, beliau bersetuju dengan Tun Abdul Majid bahawa beliau tidak akan tahu sekiranya terdapat pegawai atau anggota unit itu menyimpan bahan-banan tersebut di kediaman mereka.

Bertambah takut lagi kutu bangang ini apabila membaca Raja Petra Kamarudin mendedahkan:

“Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

“Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm…..ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?”

Menurut Raja Petra, Web Power didalangi oleh raja sindiket jenayah terancang bernama BK Tan. Beliaulah yang membuat presentation mengenai Web Power kepada Ketua Polis Negara.

Lebih menarik lagi, salah seorang pengarah Web Power ialah Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib (proksi?). Bertambah menarik, apabila Raja Petra menyatakan, anak Ketua Polis Negara yang bernama Khidir Musa berkerja dengan Web Power.

Bagaimana pula Web Power mendapat lubuk duit itu? Menurut Raja Petra:

“Pada mulanya, PDRM menolak cadangan Web Power tetapi Ketua Polis Negara campur tangan dan beliau sendiri yang menyokong cadangan Web Power itu melalui suratnya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.”

Hey rakyat Malaysia! Tidak kiralah apa agama, bangsa dan kecenderungan politik kamu, tetapi jika tiba-tiba saudara-mara kamu atau kamu sendiri dibelasah atau dibunuh oleh BK Tan, Lim Een Hong, Goh Cheng Poh atau mana-mana perkakas mereka, kepada siapa kamu hendak mengadu? Musa Hassan?

Apalah Raja Petra ni! Siapa suruh dedahkan semua ini!!? Kalau kita tak tau semua ini, taklah kita gerun dengan polis, dalam setiap saat hidup kita.

Ini semua Raja Petra punya fasal. Sambil menyokong penuh penyambungan perkhidmatan cemerlang, gemilang dan terbilang Musa sebagai Ketua Polis Negara, saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Raja Petra dari jawatannya sebagai editor Malaysia Today!

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Julai 2007
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF