Salahuddin gesa PM buat kerja, bukan buat bodoh

Tinggalkan komen

Julai 12, 2007 oleh HermanSamsudeen


Oleh Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kesal dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang cuba meyakinkan rakyat tentang keselamatan negara ini tanpa mengambilkira kegelisahan mereka.

“Ketika rakyat sedang gelisah tentang keselamatan mereka berikutan dakwaan wujudnya kerjasama polis dengan sindiket jenayah terancang, adalah amat menghairankan apabila Perdana Menteri mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalankan pemantauan kegiatan kumpulan gengster yang telah dikenal pasti,” katanya.

Perdana Menteri juga mendakwa, PDRM juga sentiasa menjalankan pelbagai operasi bagi memastikan kegiatan gengsterisme tidak terus menular di kalangan masyarakat negara ini.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata PDRM turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengekang budaya gengster khususnya di kalangan pelajar.

“Kerjasama daripada badan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Pencegahan Jenayah turut memberikan peranan yang aktif dalam membendung kegiatan jenayah dan gangsterisme seperti mengadakan program berbentuk kemasyarakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Dr. K. Raja Ram pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini, yang meminta Perdana Menteri menyatakan sebarang usaha lain bagi membendung ancaman gangsterisme selain tindakan polis.

Salahuddin menggesa Perdana Menteri supaya jangan mengambil sikap buta, pekak dan tuli terhadap dakwaan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, mengenai kerjasama polis, terutama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dengan sindiket jenayah terancang dalam tiga pendedahannya yang bertajuk ‘Malaysia’s organised crime syndicate: all roads lead to Putrajaya ‘, ‘The roaches are scurrying and the rats are hurrying’ dan ‘Please, IGP, explain this!’
“Bagi pihak rakyat yang berada dalam ketakutan dengan ancaman sindiket jenayah terancang, saya merayu Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri supaya buat kerja, jangan buat bodoh!” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin berharap Perdana Menteri memperuntukkan sedikit masa untuk meneliti pendedahan-pendedahan tersebut terutama pendedahan bertajuk ‘Please, IGP, explain this!’ di mana Raja Petra mendedahkan bahawa sistem pengurusan data polis yang menelan perbelanjaan yang besar juga akan dikuasai oleh kepala sindiket jenayah terancang.

“Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-Power Force Solution (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

“Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm…..ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?,” kata Raja Petra.

Menurut Raja Petra, Web Power didalangi oleh kepala sindiket jenayah terancang bernama BK Tan.

Beliaulah yang membuat ‘presentation’ mengenai Web Power kepada Ketua Polis Negara.

Lebih menarik lagi, salah seorang pengarah Web Power ialah Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib.

Bertambah menarik lagi apabila Raja Petra menyatakan, anak Ketua Polis Negara yang bernama Khidir Musa berkerja dengan Web Power.

Menurut Raja Petra, Web Power mendapat lubuk duit itu dengan campur tangan Musa sendiri.

“Pada mulanya, PDRM menolak cadangan Web Power tetapi Ketua Polis Negara campur tangan dan beliau sendiri yang menyokong cadangan Web Power itu melalui suratnya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Julai 2007
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF