Najib: Harga petrol dijamin tidak naik…Betul Ker?

1

September 18, 2007 oleh HermanSamsudeen


PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol tahun ini, sekalipun harga komoditi bernilai itu kini melonjak di pasaran antarabangsa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan hari ini.

“Apa jua yang telah kami janji akan kami tepati, komitmen kami bagi harga petrol… gas adalah isu lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kali ke-21 Majlis Perhutanan Negara di sini.

Awal tahun ini kerajaan, selepas kenaikan harga petrol 30 sen seliter, memberi jaminan bahawa harga bahan itu tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

Harga minyak mentah terus meningkat hingga mencecah paras AS$80 setong di pasaran antarabangsa dan terdapat spekulasi harga komoditi itu akan mencecah paras AS$100 menjelang hujung tahun ini.

Beliau juga berkata kenaikan harga komoditi dan barangan makanan adalah satu fenomena global dan bukan hanya berlaku di negara ini.

“(Kenaikan) harga komoditi dan barangan makanan ini adalah satu fenomena global dan bukan hanya (berlaku) dalam negara ini. Ia adalah kebimbangan global kerana beberapa faktor tertentu, jadi kita kena ambil kira dan buat adjustment (pelarasan) dalam hal ini.

“Kerajaan peka mengenai hal ini dan sebab itulah kerajaan telah melindungi pengguna dalam negara umpamanya subsidi minyak petroleum setahun ialah sebanyak RM14 bilion. Ini subsidi dan pengecualian cukai yang kita berikan. Ini tanggungan kerajaan… duit rakyat yang kita subsidi untuk rakyat,” katanya.

Katanya syarikat petroleum negara, Petronas pula menanggung subsidi gas sebanyak RM13 bilion.

“Itu tanggungan Petronas, yang ditanggung selama ini. Jadi amat salah jika ada pihak yang cuba mengatakan yang kita tak peka kepada kepentingan pengguna. Tanggungan subsidi kita amat besar. Kalau kita campur dua ini saja subsidi dalam bidang petroluem bernilai RM27 bilion,” kata Najib.

Najib ditanya mengenai sebuah laporan akhbar hari ini mengenai permintaan Petronas agar kerajaan membenarkan kenaikan harga gas.

“Saya tak tahu, saya tak mahu mendahului apa jua keputusan kerajaan,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Mengenai kenaikan harga barang, beliau berkata harga hanya boleh diturunkan dengan peningkatan subsidi dan pengeluaran barangan oleh kerana kenaikan harga adalah fenomena global.

“Tidak banyak dapat kita lakukan…kerajaan sedang melakukan apa yang dapat tetapi harga dunia telah meningkat terlalu tinggi.

“Hingga ke tahap kita telah melindungi pengguna dengan menetapkan harga beberapa komoditi ini, tetapi akan sampai ke tahap bila anda menetapkan harga tetapi ia tidak realistik kemudian akan berlaku kekurangan barang.

Jadi kita perlu menangani situasi sebaik mungkin,” ujar beliau. BERNAMA

PemudaWilayah – Sekarang memang tak naik. Tungguuuu lepas Pilihanraya…tup..tup naik sampai 50 sen. Baik punya politik!

1 thoughts on “Najib: Harga petrol dijamin tidak naik…Betul Ker?

  1. Fisabilillah berkata:

    Apa yang menguntungkan dan dapat memuaskan nafsu mereka,mereka sapu.. cenel tv diorang, takkan ler diorang nak kutuk diri sendiri.. so sebagai rakyat yang tak idup bawah tempurung, kita kena pikir or analyze apa yang tersirat didalamnya. Kalau harga minyak tak naik,watpe nak dihebohkan? Kepada penyokong kuat BN bila ada apa-apa isu, try to think both sides. Cuba jadi anti BN just for a few moments. bila kerajaan cakap mcm tu, kita angguk. diorang makan, berak cam kita gak. bukannya malaikat pon..

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
September 2007
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF