GABEM bakal dapat keistimewaan untuk jual beli tanah Kg. Bharu?

Tinggalkan komen

Julai 29, 2008 oleh HermanSamsudeen


Percaya atau tidak Gagasan Badan Ekonomi Melayu(GABEM) yang juga sayap ekonomi Umno yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik kini telah berjaya menyusup ke dalam pelan pembangunan Kg. Bharu yang dikemukakan oleh DBKL dalam Draf Pelan Kuala Lumpur 2020.

Ramai yang sedar dan ramai juga yang tidak tahu. Nama GABEM disebut empat kali dalam buku Draf Pelan Kuala Lumpur 2020, Jilid 4. Kg. Bharu.

Nampaknya penglibatan entiti Umno dalam mempusakai tanah-tanah rizab Melayu ini begitu jelas dan mempunyai motif tersendiri.

Kuasa MAS akan terhapus

Kg. Bharu kini masih lagi ditadbir urus oleh Lembaga Pentadbiran MAS (‘Malay Agriculture Settlement’). Tetapi yang peliknya dalam draf pelan yang dicadangkan oleh DBKL, MAS seolah-olah umpama jawatankuasa kecil yang menguruskan Kg. Bharu sahaja.

Suatu organisasi baru bakal diwujudkan bagi mengantikan fungsi MAS iaitu Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB).

Pengerusinya akan dilantik oleh Menteri WP dengan kelulusan Perdana Menteri.

Anggota adalah Tiga (3) Wakil Kerajaan Persekutuan iaitu KWP (KSU), EPU dan Perbendaharaan, Peguam Negara / Wakil, Ketua Pengarah Bandaraya Kuala Lumpur, Tiga (3) Anggota Swasta yang dilantik oleh Pengerusi dengan kelulusan Menteri WP dan Setiausahanya adalah (Ketua Pegawai Eksekutif-CEO).

MAS setaraf dengan GABEM

Dalam organisasi baru ini MAS hanya diletakkan sebagai AJK dalam JAWATAKUASA PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN PENIAGA KECIL serta JAWATAKUASA PENGURUSAN PERUMAHAN. Dalam kedua-dua jawatakuasa ini GABEM turut terlibat sebagai entiti yang mewakili Umno.

Jawatankuasa Khas Bangunkan atau Jual Kampong Bharu

Sebelum itu penubuhan PPKB ini, suatu Jawatankuasa Khas Pembangunan Kampong Bharu diperingkat awal akan bergerak aktif dan akan diterajui oleh GABEM, MAS dan Jabatan dibawah DBKL. Jawatankuasa ini menjadi penilai dan mengemukakan bentuk pembangunan di mana GABEM tidak mustahil akan mengunakan peluang ini untuk meng’alibaba’kan tanah-tanah Kg. Bharu sebagai mana yang berlaku dalam projek WPI di Johor. Tanah-tanah akan dibangunkan mengunakan dana asing yang akhirnya pemaju terikat pada kontrak dan perjanjian yang meletakan pemiutang sebagai pemilik tidak langsung tanah-tanah ini.

Kehadiran GABEM dipersoalkan

Kehadiran GABEM menjadi tanda tanya kerana entiti ini tiada pertalian sejarah dengan Kg. Bharu tetapi bagaimana mereka diberikan ruang yang cukup luas untuk terlibat dalam pembangunan tanah Kg. Bharu yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit.

Penglibatan GABEM pastinya ada muslihat atau pun menjaga kepentingan Umno, dimana mereka mengunakan sentimen Melayu untuk terlibat. Walau apa jua alasannya sejarah membuktikan bahawa telah banyak tanah-tanah rizab Melayu yang tergadai ditangan Umno. Jadi apakah kehadiran GABEM ini layak diterima?

Di harapkan agar penduduk Kg. Bharu dapat menyedari hal ini. Jangan kerana terlalai sekarang, Kg. Bharu suatu hari nanti akan menjadi projek gajah putih atau pun dijual kepada warga negara asing dengan terdirinya ribuan kondominium mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakkan penduduk Kg. Bharu.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF