Pemudawilayah tolak Draf KL2020 dan Campurtangan Gabem diragui

Tinggalkan komen

Ogos 1, 2008 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang serius campurtangan dan penglibatan langsung Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang juga sayap ekonomi Umno yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik dalam Projek Pembangunan Semula Kg. Bharu.

Tindakan Pengarah Eksekutif Gabem Consulting Sdn. Bhd., Datuk Mohamed Dahan Abdul Latif mengumumkan cadangan Kerajaan berhubung isu pembangunan Kg. Bharu dalam ucapannya di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008 (KHB08) jelas menunjukan bahawa organisasi ini mempunyai pertalian rapat dengan projek itu nanti.

Beliau menjelaskan bahawa Pemilik tanah di Kg. Bharu dijangka diberi tawaran pampasan sebanyak 20 peratus dalam bentuk wang tunai manakala 80 peratus lagi dalam bentuk saham di dalam projek berkenaan.

Pemudawilayah meihat bahawa ada ‘hidden agenda’ sedang berlegar di dalam hal ini kerana Projek Pembangunan Kg. Bharu kini masih lagi tertakluk dalam Draf Pelan Kuala Lumpur 2020 dan belum lagi dipersetujui oleh rakyat, khususnya penduduk di Kg. Bharu.

Isu utama kini adalah tentang status tanah Kg. Bharu yang bakal dibangunkan kerana ianya masih tertakluk di bawah undang-undang tanah rizab Malayu dan Kg. Bharu terikat di bawah Enakmen Tanah Negeri Selangor bukannya milik persekutuan.

Gabem berusaha memujuk penduduk untuk menyerahkan tanah mereka dengan menawarkan saham sehingga 80 peratus di mana nilai ini masih lagi menjadi tanda tanya kerana tiada penjelasan terperinci diberikan tentang bentuk pulangan yang akan diterima dan bagaimana status pemilikkan tanah itu kelak.

Pemudawilayah khuatir jika tanah-tanah Kg. Bharu akan tergadai dengan sendirinya bila mana projek yang dicadangkan Gabem menjadi gajah putih atau sekadar satu putaran taktikal yang digunakan bagi memastikan tanah-tanah berkenaan jatuh pada pihak tertentu.

Jika satu lot bernilai satu juta, penduduk hanya terima 200 ribu ringgit sahaja dan baki 800 ribu ringgit dimasukkan dalam saham yang mana nilai pulangannya tidak ditetapkan dan juga pemilik bakal dibebankan dengan akaun untung atau rugi yang pastinya akan terbeban dibahu mereka.

Gabem adalah sebuah syarikat swasta yang boleh untung dan rugi bila-bila masa dan ianya boleh dibubar atau diistiharkan bankrap jika gagal memulangkan kembali hutang kepada bank.

Kenapa wujud hutang? ya! perkara ini mungkin tidak disedari kerana pihak Gabem akan mengunakan mandat sebagai pengurus projek untuk mendapatkan suntikan dana yang mana pinjaman bank dilakukan bagi pelaburan disetiap inci tanah. Persoalannya, hutang yang dibuat oleh Gabem akan turut ditangung oleh pemilik tanah tanpa disedari dan sekiranya rugi maka tanah-tanah Kg. Bharu akan dirampas.

Selepas sahaja Draf Pelan Kuala Lumpur digazetkan, tanah-tanah Kg. Bharu akan ditukarkan statusnya kepada tanah komersial dan status tanah rizab mungkin hilang. Ini akan memudahkan cagaran tanah dilakukan pada bank yang akhirnya membuka peluang yang luas untuk tanah kg baru dimiliki oleh orang-orang berkepentingan melalui Gabem.

Justeru itu, Pemudawilayah menolak campurtangan Gabem dalam pembangunan semula Kg. Bharu dan Draf Pelan yang dicadangkan oleh DBKL haruslah ditolak.

Sebarang pembangunan dalam Kg. Bharu hendaklah dilaksanakan sendiri melalui MAS iaitu badan yang menguruskan Kg. Bharu secara sah. Organisasi ini perlulah diberikan sokongan kewangan dan DBKL sewajar menghormati kedudukan MAS dalam segala aspek yang melibatkan Kg. Bharu.

Pengerusi MAS juga hendaklah dikembalikan kepada Menteri Besar Selangor bukannya dipegang oleh Datuk Bandar DBKL yang kini menjadi boneka kepada pihak-pihak berkepentingan didalam Gabem-Umno.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Ogos 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF