Konsert Avril Lavigne menghina pengorbanan Pejuang-pejuang Kemerdekaan

4

Ogos 5, 2008 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) kecewa dengan sikap talam dua muka yang ditunjukan oleh Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal). Pada bulan lepas mereka membatalkan Konsert Inul di Stadium Bukit Jalil atas desakkan orang ramai. Tapi dalam diam mereka mereka membenarkan pula Konsert Avril Lavigne di Stadium Merdeka pada hari Jumaat 29 Ogos nanti.

Pemudawilayah memandang serius diatas tindakan berkenaan dan membantah kehadiran artis ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Ini bukanlah budaya kita dan tidak seharusnya Puspal yang bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) mengambil kesempatan untuk merosakkan sambutan kemerdekaan negara.

Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan kerana pihak Puspal yang menjadi sebahagian dari Agensi Kerajaan yang biayai dari hasil titik peluh rakyat seharusnya memainkan peranan untuk menapis permohonan persembahan artis dari luar negara. Tapisan ketat perlulah dibuat bagi artis-artis yang mengadakan pertunjukan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Jika dilihat dengan latar budaya masyarakat Malaysia kini, kita sudah jauh dari mengamalkan keperibadian dan generasi baru semakin hilang jati diri. Subbudaya dari luar diasimilasikan dan dijadikan gaya hidup.

Tingginya gejala sosial hari ini berpunca dari kegagalan KPKKW sendiri. Walau pun mereka melancarkan kempen Budi Bahasa dan pelbagai lagi kempen kebudayaan, semuanya gagal dan tidak bermanfaat. Apa yang mereka lakukan hanyalah menaburkan madu diatas racun yang telah disemai terlebih dahulu.

Pemudawilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert dari artis ini walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Maxis. Rakyat Malaysia sudah terlalu banyak disumbatkan dengan budaya berhibur.

Tindakan meluluskan konsert ini adalah suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair. Seharusnya bulan kemerdekaan ini dihayati dan pengorbanan nenek moyang kita di ingati pada bentuk yang lebih positif bukannya memanggil waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda kita untuk menjadi ‘beruk’ moden yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan.

Pemudawilayah tidak menolak hiburan. Tapi jika inilah yang dihadapkan pada anak bangsa yang merdeka ini kami sesekali tidak akan bersetuju dan akan menentangnya. Pemudawilayah akan menghantarkan memorandum dan kempen bagi menentang konsert ini serta konsert lain yang tidak sesuai dengan roh dan semangat merdeka.

Kami juga akan menghantar satu delegasi untuk berbincang dengan Puspal dan pihak berkepentingan dalam tempoh terdekat bagi menyampaikan bantahan dan cadangan terhadap isu ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

4 thoughts on “Konsert Avril Lavigne menghina pengorbanan Pejuang-pejuang Kemerdekaan

  1. […] issued a media statement on the issue and are working towards stopping this event from taking place and tainting our […]

  2. ahmadsarji berkata:

    malaysia samada kerajaan pemerintah dan pembangkang suka memalukan diri sendiri di khalayak dunia.. fikirlah sendiri..

  3. gon01 berkata:

    Penjelasan Isu: PKPIM: Muzik, personaliti Avril OK :
    rujuk -http://www.malaysiakini.com/news/88555

    Assalamu’alaikum.

    Terima kasih atas kepedulian isu ini. Lebih baik saya membuat penjelasan.

    Pertamanya, memang ada wartawan Malaysiakini yang menghubungi bertanya mengenai konsert Avril 29 Ogos nanti. Saya katakan kita tidak setuju konsert Avril diadakan, sebab menyumbang kepada banyak faktor kemungkaran. Hujah kita juga tarikh dekat dengan Ramadan dan ambang kemerdekaan.

    Namun, jika dibandingkan bantahan kita dengan konsert Gwen Stefani yang lalu, kita memang all out sebab personaliti dan lagu yang melampau. Konsert Avril kita tidak ada kekuatan untuk berdemontrasi kerana kelemahan kita sendiri. Cuma jika dibandingkan antara Stefani vs Avril, yang Avril nampak lebih sopan sikit.

    Namun, bukan bermakna saya setuju dengan konset diadakan. Mungkin media salah petik maksud sebenar yang ingin disampaikan.

    Penjelasan oleh Sdr Hilmi Ramli(Presiden PKPIM)-
    “Mohd Hilmi Ramli”

  4. […] leaders have no intention of developing people’s mind. Recently, I read from newspaper that PAS calls for Avril Lavigne concert to be banned, saying that "her punk rock style is not suitable for the younger […]

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Ogos 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF