Pemuda Islam Wilayah dan Selangor turun bantah forum “memeluk Islam”

4

Ogos 8, 2008 oleh pemudawilayah


Pemuda Islam Wilayah dan Selangor akan turun berhimpun bagi membantah forum bertajuk “memeluk Islam” yang dianjurkan oleh majlis peguam pada esok hari, 9 Ogos 2008 (Sabtu). Bantahan tersebut sebagai tanda protes dan amaran kepada majlis peguam yang dilihat cuba untuk mempertikaikan hak agama Islam.

Program ini juga amat merbahaya dan boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam kenyataan medianya sebelum ini membantah sekeras-kerasnya forum tersebut.

“Perkara ini juga berlaku akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin Islam yang tidak dapat menjaga Islam walaupun telah memegang tampuk kekuasaan. Sehingga Islam boleh dipertikaikan dan diperlekehkan”

Berikutan itu semua Pemuda PAS Wilayah dan Selangor telah mengarahkan ahlinya turun bersam-sama membantah pada esok hari. Pemuda PAS juga menyeru dan mengajak semua umat Islam lain yang prihatin untuk turun bersama-sama bagi menunjukkan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap program tersebut.

Semua Pemuda dan umat Islam diminta berkumpul di hadapan LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi esok dan berjalan beramai-ramai ke perkarangan Majlis Peguam.

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu. Dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu..(Al-Maidah :3)

4 thoughts on “Pemuda Islam Wilayah dan Selangor turun bantah forum “memeluk Islam”

  1. fateh berkata:

    Salam
    Majlis Peguam Malaysia(yg di monopoli kaum India pro-PKR) sudah naik kepala kerana orang Melayu/ummat Islam di Malaysia dalam keadaan LEMAH kerana berpecah-belah dan dengan itu puak2 bukan-Melayu ini mengambil kesempatan untuk mencairkan peraturan dan undang2 yang mereka rasakan tidak menyebelahi puak mereka. Umat Melayu/Islam kena bangun pertahankan Hak kerana lambat laun mereka2 ini akan jadi lebih kurang-ajar!

  2. lilou berkata:

    hey…org kafir ni tak habis2 nak cari kesalahan org islam…klu agama kau tu betul sngt…cari la penyelesaian guna agama kamu tu….

  3. ustaz khairul berkata:

    saya sangat bersetuju atas apa yang dikatakan oleh pihak pemuda islam

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Ogos 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF