‘pergi mampus’ – DUN Negeri Sembilan Jadi Kedai Kopi BN

2

Ogos 28, 2008 oleh HermanSamsudeen


MB Negeri Sembilan kata ‘pergi mampus’…

Oleh Zaili Muhammad

SEREMBAN, 28 Ogos (Hrkh) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan, mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan di dalam persidangan Dun Negeri Sembilan semalam kerana berang dengan tindakan Adun Pakatan Rakyat yang keluar dari dewan sebagai tanda protes. Iklan

Persidangan Dun yang bermula jam 10 pagi itu menjadi kecoh apabila Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP-Lobak), menyuarakan rasa tidak puas hati Adun Pakatan Rakyat kepada Speaker Dato’ Razak Mansor kerana penggiliran sesi soal jawab ketika perbahasan hanya mengutamakan kepada Adun Barisan Nasional (BN) sahaja.

Adun BN pula akan melengah-lengahkan masa dan membangkitkan soalan yang tiada mempunyai kepentingan langsung terhadap permasalahan rakyat sehingga menyebabkan Adun Pakatan Rakyat tidak berpeluang untuk membangkitkan soalan kerana masa sudah tamat.

Loke mencadangkan supaya diselang-selikan soalan di antara wakil BN dan Pakatan Rakyat supaya ianya adil kepada kedua-dua belah pihak seperti yang diamalkan di Parlimen mahupun di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Walaubagaimana pun, ianya ditolak oleh Dato’ Razak dengan alasan peraturan itu telah dijalankan sejak sekian lama dan memang diamalkan di dalam persidangan Dun Negeri Sembilan, ini menyebabkan 15 Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan pada pukul 10.30 pagi kerana memboikot persidangan Dun tersebut.

Mohamad Hasan yang jelas berang dengan tindakan itu mengatakan ‘pergi mampus’ kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung perbahasan pada pukul 12.00 tengahari.

“Mereka ingat saya takut, ‘pergi mampus’ sama mereka, mereka tak ada pun kita boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja,” kata beliau dengan nada marah.

Akhirnya persidangan Dun kali ini ditamatkan pada pukul 12.30 tengahari iaitu antara tempoh persidangan Dun yang terpendek sedangkan notis yang diberikan sebelum ini untuk dua hari. – mks

Pemudawilayah – Inilah persidangan ‘kedai kopi’ ADUN-ADUN BN yang hanya tahu menghabiskan duit rakyat. Sewajarnya sidang DUN tak cukup masa, kerana isu seluruh negeri perlu dibahaskan. Tapi kali ini hanya 3 jam sahaja. Nampaknya ADUN BN ini sudah bengap kepala hotak sebab tak boleh nak fikir masalah rakyat untuk dibawa ke persidangan DUN. Dulu Negeri Sembilan ditadbir oleh pemimpin mengikut suku masing-masing, tapi sekarang negeri Sembilan dipimpin oleh pemimpin BN yang tiga suku kepala hotaknya. Ayuh buat perubahan! Tumbangkan BN, Singkirkan pemimpin tiada kepala hotak ini….Hidup rakyat negeri sembilan……

2 thoughts on “‘pergi mampus’ – DUN Negeri Sembilan Jadi Kedai Kopi BN

  1. amri berkata:

    NEGERI SEMBILAN PERLUKAN PERUBAHAN….
    HARAP RAKYAT JEMPOL,KUALA PILAH,JELEBU BUKA MATA……..
    sampai bila kita harus dipinggirkan…..

  2. chantrant berkata:

    ketua negeri sepatutnya, ketua kepada kesemua dun negeri tersebut mahupun dun BN atau pembangkang. MB perlu memberi peluang kpd kesemua Dun untuk menyuarakan masalah rakyat kepada di dewan Dun.Sebagai seorang pemimpin rakyat, perlu mengeutamakan masalah rakyat bukan masalah pembangkang, jika mau nak jadi ketua negeri pada masa-masa yg akan dtg. Ikuti hasrat PM utamakan rakyat.Sekian

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Ogos 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF