Contohi cara Giant jual arak

6

September 20, 2008 oleh HermanSamsudeen


Oleh rozmal

Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini , setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan keatas umat Islam , antaranya arak. Dan umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak.

Dalam perkara ini Pasaraya Giant di Senawang harus diberi pujian dalam cara mereka mengendalikan penjualan arak. Walaupun sebelum ini beberapa teguran telah diberikan secara tidak langsung dalam penjualan arak dan penggunaan troli yang mempromosikan arak , namun pihak Pasaraya Giant pada ketika ini telah banyak melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka.

Penjualan arak di sini dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan terpampang dengan jelas papantanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan. Lebih menarik lagi kaunter penjualan arak di sini dikendalikan oleh orang yang bukan Islam.

Alangkah indahnya , sekiranya semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam mencontohi cara Pasaraya Giant menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja , menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan?

Herman-Islam tidak menghalang penganut agama lain meminum arak, larang itu hanya untuk umat Islam. Arak itu banyak keburukkannya tapi kalau mereka (bukan Islam) nak minum juga Umat Islam tidak halang. Semoga apa yang berlaku di Giant ini akan dicontohi oleh premis dan pusat beli belah yang turut menjual arak!

6 thoughts on “Contohi cara Giant jual arak

  1. Mohd Fadli Yusof berkata:

    Assalamualaikum,

    Tiada yang indahnya jika Pasaraya Giant masih jual arak walaupun dengan cara “bersopan”. Lebih-lebih lagi kebanyakan pekerja pasaraya tersebut terdiri dari orang melayu-Islam. Tiap hari makan dari hasil yang “haram-syubhat”.
    Orang lain buat arak, orang kita sendiri tolong jualkan, sama je dapat saham walaupun x minum arak.
    Siapa yang “layak” minum arak?, sepatutnya tiada siapa yang layak selagi ia berstatus hamba ALLAH, kerana jelas arak telah diharamkan oleh ALLAH.
    Saya yakin, dalam ajaran agama lain pun, arak amat tidak digalakkan….so…janganlah dipuji walau sedikitpun tentang hal arak ni..walaupun secara sopan..bimbang tumpang sekaki dosa tanpa sedar.

  2. Minda Kita berkata:

    Betul, minda kena ubah. Terus saja haramkan jual arak tu, bukan puji seba b jual satu sudut jer.

    Kalau kita jadi pejuang Islam, pejuang PAS kat kawasan tu, buat cadangan supaya Giant Senawang tu tak jual arak langsung. Baru betol…

  3. […] bukan muslim dinegeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak. Apa yang dilakukan oleh Giant kini, InsyaAllah sedang menuju ke arah pengurangan dan penghapusan…biarlah mereka mula […]

  4. ruzz berkata:

    dimana janji pas nak tadbir negeri yng bebas dari arak, babi, judi dan melacur sperti di Alor Star Kedah dan Ipoh Perak?

  5. ruzz berkata:

    PAS gagal sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah.Liohat sahaj apajadi kepada selanagor dan perak, PAS tak mampu membinbing MB selangor dari mengikut telunjuk teresa Kok DAP dan MB Perak gagal menjadi ketua kepada DAP perak.dan njuga di kedah MB kedah gagal untuk menghalang jualan nombor ekor dan menternak babi di pekan lama sg petani kedah.

  6. Samsul berkata:

    Tiada yang menyedihkan kini bila parti Pas yang dulu begitu saya kagumi dengan prinsip dan pegangannya kini hanya menjadi pelengkap sebuah pakatan. Cakap dan katanya hanya layak dicampak ke tong sampah oleh ahli pakatan lain. Dan lebih menyedihkan bila sudah di tong sampah pun ahli Pas tidak langsung ambil dan pungut kembali. Tapi lebih rela melihat dan tersenyum sambil meng-iakan dan mereda kan perbutan rakan lain. BACUL!!!

    Kini Pas tiada di hati……

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
September 2008
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF