Daftar persatuan belia – Ismail

2

Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

SEREMBAN 21 Okt (Utusan Malaysia).  – Kementerian Belia dan Sukan memberi amaran kepada semua persatuan belia di negara ini supaya mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan selewat-lewatnya hujung tahun ini jika mereka mahu peruntukan daripada kerajaan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu berbuat demikian supaya semua persatuan belia lebih bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain itu langkah tersebut juga merupakan cara paling berkesan untuk memantau pergerakan semua persatuan terutama dalam usaha memastikan setiap program yang dijalankan memberi manfaat kepada golongan tersebut.

”Sebagai contoh pihak kementerian mempunyai peruntukan sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 untuk persatuan belia setiap tahun bagi tujuan urusan pentadbiran dan jika mereka tidak berdaftar bantuan ini tidak akan disalurkan.

”Kementerian meminta semua persatuan belia mengambil perhatian serius dengan perkara ini bagi mengelakkan timbul sebarang masalah yang akhirnya akan merugikan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek bantuan pengupayaan persatuan belia 2008 dan bantuan program pembangunan belia 2008 serta jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri 5,000 orang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abd. Samad Ibrahim.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Negeri Sembilan menerima peruntukan tertinggi daripada Kementerian Belia dan Sukan setakat ini iaitu sebanyak RM3 juta dalam usaha memperkasakan lagi kira-kira 160 persatuan belia di negeri ini.

Beliau berkata, melalui peruntukan sebanyak itu pihaknya yakin persatuan-persatuan belia di Negeri Sembilan mampu mempelbagaikan lagi aktiviti yang akhirnya memberi banyak manfaat kepada golongan berkenaan.

Katanya, kementerian tiada masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi membantu persatuan belia asalkan bantuan itu digunakan sepenuhnya untuk pembangunan golongan belia.

”Persatuan belia berperanan membantu kerajaan melahirkan lebih ramai generasi muda yang berwawasan. Oleh itu persatuan-persatuan seperti ini perlu dibantu khususnya dalam bentuk kewangan.

”Kita percaya melalui peruntukan ini persatuan belia tidak ada masalah untuk menggerakkan program-program yang telah mereka rancang,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai pentingnya persatuan belia mendekati golongan muda yang masih belum menjadi mana-mana ahli persatuan belia.

Pemudawilayah – marilah bersama kita perbanyakan pertubuhan belia muslim atau yang cenderung ke arah memperbaiki akhlak dan sahsiah golongan belia. Jangan kita tumpu pada aktiviti Xtrem sahaja tapi pembinaan jati diri lemah.

2 thoughts on “Daftar persatuan belia – Ismail

  1. hong berkata:

    cara daftar kementerian belia dan sukan?

  2. Amarul berkata:

    kenapa Pas tak boleh bekerjasama dengan Umno?bukankah itu untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.Saya ingin menyertai pemuda Pas.Bagaimana?

    Pemudawilayah-PAS sudah pernah berkerjasama dengan Umno, namun kecurangan Umno terhadap umat Islam membawa PAS kehaluan sendiri. Penyatuan PAS-Umno bukanlah jamin untuk kebaikkan umat Islam kerana Umno jauh menyimpang dari jalan perjuangan Islam yang sebebnar sedangkan PAS bukanlah partin untuk kaum Melayu sahaja tetapi untuk semua umat Islam.

    Jika berminat sertai PAS daftarkan diri anda dengan setiausaha PAS Cawangan atau kawasan terdekat atau jika berada dilembah klang boleh datang terus ke pejabat Agung PAS di Jalan Raja

    Laut.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Oktober 2008
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF