Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti

1

Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen


PULAU PINANG 21 Okt (Utusan Malaysia). – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya kontrak sosial dijadikan kurikulum di universiti bagi menjelaskan isu itu yang kini sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, penjelasan kepada generasi muda khususnya pelajar universiti penting bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka.

Katanya, jika perkara itu dapat difahami dengan betul, maka tiada pihak yang akan mempersoalkan mengenainya kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan.

“Yang penting bukan mempersoalkan kontrak sosial tapi penjelasan supaya generasi muda faham apa itu kontrak sosial kerana tidak semua faham mengenai kontrak sosial dan mengaitkannya dengan sejarah negara adalah penting untuk diberitahu kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaian di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Ceramah anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) dan Yayasan Nurul Yaqeen itu dihadiri oleh pelajar dan tenaga pengajar USM.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, kurikulum kontrak sosial berkenaan bukannya untuk didebatkan atau dipertikaikan oleh ahli akademik, sebaliknya bagi memberi penjelasan penuh.

Oleh itu, katanya, peranan penting haruslah dimainkan para pensyarah di universiti dalam memberikan penjelasan berkaitan dengan kontrak sosial itu.

“Penjelasan yang berkesan penting kerana apabila pelajar ini keluar dan bercampur dengan masyarakat mereka akan mudah untuk memahami konsep demokrasi dan perlembagaan yang kita ada,” katanya.

Tambah Muhyiddin, perkara yang termaktub dalam perlembagaan juga sama sekali tidak perlu diungkit dan jangan ada pihak cuba mempolitikkannya kerana ia boleh mengugat keharmonian negara.

Minggu lalu, raja-raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas yang dikeluarkan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, raja-raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pemudawilayah – pendekatan menerang lebih baik dari kita melarang orang bercakap soal kontrak sosial. Isu ini perlu dijelaskan seawal usia persekolahan lagi agar setiap rakyat memahami kepentingan perpaduan. Masalahnya pemimpin Umno dan Mca sendiri sering berbalah kerana tak faham tentang Kontrak ini. Adakah ianya wujud secara bertulis atau setakat faham-faham sahaja…maka pemimpin kedua pasti ini lebih dulu perlu dikursuskan bagi memahamkan mereka soal Kontrak ini.

1 thoughts on “Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti

  1. madbi berkata:

    konterk sosisl?? macam kontrek yang ada tender tu ke??? tak yah la buang mase je. kat universiti tu pun vnc nya semuanya kangkong…. apa kontrek pun hancur punya…

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Oktober 2008
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF