Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing

2

Oktober 22, 2008 oleh HermanSamsudeen


KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). . – Masalah kebanjiran tenaga kerja asing di negara ini berpunca daripada sikap sesetengah majikan yang mahu membayar gaji rendah berbanding mengambil pekerja tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, majikan juga tidak memberi peluang kepada pekerja tempatan walaupun mereka lebih rajin dan senang diatur untuk melakukan kerja berbanding pekerja asing.

”Kita tidak nampak sebarang usaha majikan untuk mengambil pekerja tempatan dan saya sendiri tidak pernah nampak iklan sama ada di surat khabar dan televisyen untuk mengambil pekerja tempatan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini

Beliau mengulas laporan mengenai hampir 20 peratus tenaga kerja di negara ini terdiri daripada warga asing seperti yang didedahkan dalam Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.

Murugiah berkata, kebanyakan majikan yang memerlukan tenaga kerja juga dilihat terus menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon mendapatkan pekerja asing tanpa membuat sebarang usaha seperti mencari pekerja tempatan di kawasan pedalaman atau membuat sebarang pengiklanan.

Pemudawilayah – Jumlah kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) begitu tinggi dan ianya adalah tempat untuk ‘Perdagangan Manusia’ yang terbesar dinegara ini. Masalah yang dihadapi oleh segelintir majikan sebenarnya boleh selesai jika mereka menawarkan pakej insentif yang menarik pada pekerja tempat. Soalnya mereka malas untuk berbuat demikian kerana kos mengunakan pekerja asing lebih murah dan mereka boleh dikerah bekerja 24 jam walaupun masa musim perayaan.

2 thoughts on “Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing

  1. Hasbullah Pit berkata:

    Saya tidak setuju dgn murugiah.

    semalam saya berborak dengan tokei cuci kereta, tokei kedai makan (melayu), kesemuanya merungut dengan prestasi kerja “budak melayu”.

    Gaji nak tinggi, kerja tak seberapa, selalu tak datang.

  2. madbi berkata:

    statistik tu untuk pekerja yang legal, yang ilegal bagaimana? jangan kata tak de maklumat la … nampak sangat alasan bodoh. pegila kat pusat tahanan sementara semenyih,lengging macap,langkap, kajang dll. berapa ramai yang ditahan. tu yang ditahan , yang dilepaskan semasa operasi kerana teknikal (dokumen meragukan takyah tahan pasal susah nak proses dokumentasi) , yang dah tangkap, majikan setel dll. apa citer? kalau nak bersihkan malaya ni dari pekerja ilegal adalah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan kerana beberapa faktor besar yang terpaksa dihadapi. bermula dengan sistem, politik, kuasa, rasuah, kemanusiaan dan kelemahan penguatkuasaan. kementerian terbabit boleh menyanggah dakwaan ini tetapi pikirkan berapa banyak duit rakyat malaya hangus setahun untuk urusan PATI???? pikirkanlah..

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Oktober 2008
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF