Kembalikan Mat Sabu Ke Parlimen

1

November 28, 2008 oleh HermanSamsudeen


Sudah suratan takdir bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail pergi jua menemui Allah swt. Beliau yang berusia 59 tahun belum sampai setahun bergelar Menteri setelah berjaya menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf dalam Pilihanraya lalu.

Allahyarham Razali Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya Mac lalu, Mohamad Sabu hanya kalah tipis ditangan Allahyarham iaitu dengan 628 undi sahaja. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Walau apa jua yang telah berlaku, maka kehidupan bagi yang masih hidup perlu diteruskan. Rakyat Kuala Terengganu perlu memilih pemimpin dalam tempoh 60 hari akan datang.

Maka pastilah percaturan baru akan diatur pantas selepas ini. Pas Terengganu sememangnya menantikan peluang untuk menambahkan bilangan ahli Parlimennya dan kini peluang itu sudah ada. Tidak perlu gelojoh dalam berpolitik, tetapi jangan pula terlalu slow untuk membuat persiapan.

Ahli-ahli Pas seluruh Malaysia pastinya bersedia untuk kembali beraksi digelanggang pilihanraya kecil. Ini pesta untuk rakyat dan kita akan turun menyokong calon Pas yang akan diumumkan tak lama lagi.

Sebaiknya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon dan beliau wajar diberi ruang untuk memanjat tangga parlimen sekali lagi. Rakyat Kuala Terengganu pastinya menyesal kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada BN sebelum ini. Maka, inilah peluangnya untuk mereka tebus kekesalan itu.

Tanggungjawab mereka untuk mengembalikan Mohamad Sabu ke Parlimen. Suara lantang dan semangat beliau diperlukan ketika ini bagi mengukuhkan kedudukan Pembangkan di Parlimen. Pastilah parlimen akan lebih gamat lagi seandainya Mohamad Sabu diebrikan peluang itu.

Semoga ada ruang dan peluang diberikan kepada beliau diperingkat parti dan rakyat di Terengganu khususnya.

1 thoughts on “Kembalikan Mat Sabu Ke Parlimen

  1. DHOMEILZAFJ berkata:

    SEWAJARNYA AHLI PAS TERENGGANU YANG BERWIBAWA PULA DIBERI PELUANG UNTUK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA KECIL KALI INI.MASIH TERDAPAT RAMAI AHLI PAS ANAK TEMPATAN YANG BERWIBAWA UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI.KEPADA PAS TERENGGANU PASTIKAN CALON YANG LAYAK DIBERI PELUANG.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
November 2008
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF