Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

5

Disember 24, 2008 oleh HermanSamsudeen


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.

Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.

Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini.

Dalam perenggan ketiga, Pemuda MCA menyatakan;

“Pemuda MCA Wilayah amat tidak puas hati terhadap kenyataan tersebut (hudud) kerana pelaksanaan undang-undang Hudud dan Qisas di masyarakat berbilang kaum yang berbeza dari segi agama adalah tidak dapat diterima.”

Islam mengariskan bahawa hukum Hudud dan Qisas hanya dilaksanakan dalam kalangan orang Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan Islam, perlaksanaan tidak dipaksa malah mereka masih boleh memilih untuk menggunakan undang-undang sivil yang sedia ada.

Dalam Al-Quran melalui Surah Al-Kafirun ayat yang ke 6 ada ditegaskan bahawa;

“Untuk Kamu (mereka yang bukan Islam) agama kamu dan untukku (umat Islam) agamaku”

Maka dengan itu haruslah difahami bahawa segala amalan dalam Islam sedikitpun tidak akan menjejaskan agama lain dan penganutnya.

Hukum hudud dan Qisas sememangnya mengambil kira pandangan bukan Islam dan mereka diberikan hak untuk tidak menerima undang-undang berkenaan.

Konsep dua sistem perundangan seperti sekarang akan wujud bila hudud dan Qisas dilaksanakan.

Pada masa ini undang-undang Syariah digunakan bagi masyarakat Islam tetapi ianya tidak memenuhi hasrat dan kehendak Islam sepenuhnya. Oleh itu, kewujudan hukum Hudud dan Qisas bakal menggantikan undang-undang Syariah bagi memperketatkan undang-undang sedia ada untuk kegunaan orang Islam sahaja.

Jika undang-undang syariah boleh wujud tanpa tentangan dan tidak memecah belahkan masyarakat berbilang kaum, kenapa hudud dan Qisas harus dipandang negatif walhal ia adalah dua perkara yang hampir sama. Malah Hudud dan Qisas mampu melengkapi segala kekurangan sistem perundangan sedia ada.

Undang-undang Hudud dan Qisas wujud lebih awal berbanding undang-undang syariah malah ianya sudah terbukti berkesan dalam memerangi masalah jenayah dan gejala sosial.

Pas menghormati sensitiviti masyarakat bukan Islam dalam negara majmuk ini tetapi dalam masa yang sama, Pas juga mempunyai hak untuk mendidik dan menjaga umat Islam dalam negara ini dari segala perlakuan jenayah dan masalah sosial.

Apa yang dikemukakan adalah suatu dasar yang pastinya tidak akan menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama. Setiap pengamal agama lain masih boleh mengamalkan agama mereka dengan aman, bebas mewujudkan pusat ibadat serta meraikan perayaan mereka.

Undang-undang sivil masih terpakai buat mereka dan kewujudan Undang-undang Hudud dan Qisas tidak akan memberikan kesan apa-apa pada mereka.

Jika mereka mencuri, mereka akan dipenjarakan sahaja dan bukannya dihukum potong tangan. Jika mereka membunuh, mereka akan dipenjara 20 tahun atau digantung melalui peruntukan undang-undang sivil. Hatta jika mereka bersekedudukan sekalipun, hukum yang akan dikenakan adalah dalam bentuk denda sahaja.

Mereka yang bukan Islam bebas untuk minum arak, berjudi atau memakan babi jika itu dibenarkan dalam agama mereka. Tiada larangan buat mereka tetapi haruslah ianya tidak memudaratkan orang lain atau menganggu ketenteraman awam. Jika menganggu, tindakkan akan dikenakan melalui peruntukkan undang-undang sivil.

Dalam perlaksanaan sistem Hudud dan Qisas, Islam lebih mengambil keutamaan dalam soal mendidik dan menjaga keharmonian masyarakat.

Oleh itu Pemudawilayah mengesa agar Pemuda MCA mengkaji terlebih dahulu undang-undang Hudud dan Qisas sebelum bertindak lebih jauh.

Tindakkan mereka yang termakan dengan hasutan segelintir pemimpin Umno ini hanya memalukan diri mereka kerana rakyat melihat mereka bercakap seperti burung kakak tua.

Mereka bising dan membantah tetapi tidak faham apa yang dibantah. Mereka hanya ikut apa yang ketua atau orang lain kata tanpa sebarang fakta.

Sebagai ahli politik, Pemuda MCA harus proaktif dalam membaca dan membuat kajian kerana apa yang mereka lakukan melalui bantahan itu adalah suatu perkara yang memalukan.

Pemudawilayah membuka ruang perbincangan jika Pemuda MCA inginkan penerangan lanjut tentang sistem perundangan Islam yang menyentuh bab Hudud dan Qisas ini.

Kami sedar bahawa tindakan kebanyakkan pemimpin Umno yang gagal menghayati isi Al-Quran telah banyak mengelirukan rakyat. Mereka mengaku Islam tetapi bila bercakap soal hukum Islam mereka seolah-olah bercakap tanpa ilmu dan ini menyebabkan rakyat jadi risau dan kucar kacir sehingga memandang umat Islam sebagai musuh dan bukannya sebagai kawan.

Sekali lagi kami mengesa agar Pemuda MCA Wilayah menarik balik bantahan itu dengan segera. Sekiranya mereka enggan, Pemudawilayah akan datang ke tempat mereka untuk bersemuka dan membincangkan perkara ini. Semoga ada kesedaran untuk mereka pada masa akan datang.

Jika anda ingin dihormati, maka hormatilah Islam dan sistem yang ada didalamnya kerana Islam itu adalah agama yang aman dan penuh kesantunan.

Sekian. PAS For All

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

5 thoughts on “Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

  1. rahimkassim berkata:

    Jangan marah mereka. Mereka tidak faham. Tugas PAS sebagai daie harus berusaha memberi mereka kefahaman. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

    Kalau mereka bantah, kemudian kita melenting. Itu bukan sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah. PAS kena lihat perkara ini berhati-hati.

  2. zik berkata:

    Kepada DPPWP,

    Tahniah..saya rasa dasar ini yg patut dipraktikkan di semua peringkat DPP Negeri..jika ada yg menghantar memorandum membantah..apa kata jemputlah mereka secara baik,tertib dan bersopan dan membantu mereka memahami apa yg tidak fahami selama ini..saya pendekatan sebegini amat baik dipraktikkan terhadap parti lawan mahupun parti kawan..laksanalah tuntutan Islam secara bijak, proaktif dan berhemah..apa kata tidak perlu menunggu jemputan MCA..mungkin saudara sendiri dengan hati yg rendah menjemput MCA mahupun rakan kita dari DAP bersama berbincang dan mendengar apa saja teguran dalam perkara ini..Insyallah akan diberkati Allah SWT..

  3. saiful berkata:

    “Islam mengariskan bahawa hukum Hudud dan Qisas hanya dilaksanakan dalam kalangan orang Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan Islam, perlaksanaan tidak dipaksa malah mereka masih boleh memilih untuk menggunakan undang-undang sivil yang sedia ada.”

    Pimpinan tertinggi perlu “highlight”kan benda ni kepada pimpinan PR lain. Bila semua faham, kredit yang tinggi senang2 je PR boleh dapat….

  4. syarifuddinfawzi berkata:

    kalau parti bukan islam x memahami ape itu hudud dan qisas, ajak mereka.

  5. Harap pihak berwajib memberi penerangan sejelas-jelasnnya kepada masyarakat umum, termasuk bukan Islam mengenai matlamat dan tujuan pelaksanaan syariah Islam itu. Itulah tugas kita mendakwahkan kepada manusia tengtang ajaran Islam. Kita tidak boleh cepat melenting dalam apa perkara sekalipun, terutama dalam usaha menarik golongan bukan Islam ke arah memahami Islam. Berpegang teguhlah kepada ayat bermaksud: Berkata benarlah (kamu) walaupun ianya pahit” Wallahu A’lam.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Disember 2008
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF