Minggu 7 : Tajuk II – Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

6

Muqaddimah

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia.

Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.

 

Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:

“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”

Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”

Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”

BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

1. Keimanan yang mendalam.

Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.

2. Ilmu yang hak

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.

3. Matlamat untuk keredhaan Allah

Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.

 

MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MELALUI DAKWAH:

Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:-
1. membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam.
2. mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam.
3. mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah.
4. menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan.
5. mendapat Keredhaan Allah.

 

KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

1. Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan)

Pemerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak. Justeru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya.

Dalam konteks kemsyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-mana perlanggaran kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan.

2. Dengan lidah / ucapan / lisan

Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;

a.) Nasihat / peringatan – sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka, mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia itu tempuh di akhirat kelak. Para diae diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu, penerangan, dan juga secara peribadi (fardiyah)

b.) Penerangan – Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen dan sebagainya

c.) Penulisan – ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Para daie perlu menguasai ilmu penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang dilakukan. Penulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum dan sebagainya.

3. Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai)

Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya sedapat mungkin dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah sedapat mungkin sambil berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar.

 

STRATEGI MENJALANKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR.

Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik.

Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai.

6 thoughts on “Minggu 7 : Tajuk II – Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

  1. senapang patah berkata:

    Bismillah
    Allahummasollia’lamuhammad waa’laalimuhammad

    Aku bukan nak komen tapi melontar kan pertanyaan kpd yg lebih berilmu…

    Melalui artikel “amar ma’ruf nahi munkar” di atas mewajibkan semua umat islam begitu.
    Tapi bagaimana dgn golongan tabligh? Pada pemerhatian & perbincangan aku dgn mereka, Tabligh tidak melakukan “nahi munkar”. Jadi bagaimana terjadi? Atau aku yang tak tahu…

    Sedangkan mereka mendakwa golongan mereka adalah yg paling hampir dgn cara hidup nabi. Kalau benar begitu aku tanpa ragu akan menyertai mereka.
    Tapi mereka berwuduk tak pun macam Nabi s.a.w?

    Tolong jawab jika tahu, Aku benar2 nak tahu…Kalau tak tahu nak jawab tak mengapa…

    iyyakanaqbudu waiyyakanastai’n
    ihdinassirotolmustaqim

    Assalamualaikum & Terima kasih,

    Isu tentang Jamaah Tabligh telah banyak dibahaskan dan kebanyakkan mereka yang menyertai tabligh ini juga memahami isu. Amal maaruf nahi mungkar adalah sebahagian dari tanggungjawab Jamaah Islam.

    Perjuangan tabligh mengambil sedikit sahaja sunnah yang ditinggalkan. Kita tidak menafikan bahawa mereka mempunyai sumbangan yang besar pada Islam dalam mengajak orang bersolat jamaah di masjid surau. Ini adalah usaha murni.

    Tetapi ianya hanyalah satu juzuk dari beberapa lagi usaha dakwah yang perlu digerakkan. Kebanyakkan hardcore tabligh ini menolak politik kerana mereka menganggap itu adalah ideologi musuh-musuh Islam walhal Rasulullah juga berpolitik dan berdiplomatik dizaman lampau.

    Kita diperingkat Pas tidak memusuhi mana-mana Jamaah yang ingin perjuangkan Islam. Bagi Pas semua yang ingin perjuangkan Islam adalah golongan yang baik, tapi yang terbaik itulah yang sentiasa kita cari.

    Jamaah Pas bukan hanya ada di Malaysia. Kita ada di seluruh dunia, cuma namanya berbeza lantaran sempadan geografi dan suasana masyarakatnya. Pimpinan kita juga ada menyertai persidangan Jamaah Islam yang mengikut ahli sunnah. Malah apa yang kita buat di Malaysia termasuklah terjun ke dunia Politik, diterima oleh Jamaah Islam seluruh dunia. Kita bersatu dibawah satu akidah.

    Pas mengambil langkah yang lebih berbanding Jamaah lain dinegara ini. Kita terjun dalam dunia politik, ekonomi dan sosial. Sama ada usaha kita berdakwah berjaya atau tidak itu soal nombor dua kerana kemenangan itu sudah dijanjikan bagi mereka yang ikhlas perjuangkan akidah Islam secara syumul.

    Justeru itu, jika saudara ingin pilih Jamaah. Pilihlah jamaah yang tidak mengambil juzuk-juzuk kecil dalam Islam sebagai modal dakwahnya. Jamaah yang tidak melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkah adalah Jamaah yang paling rugi, kerana itulah tugas utama seorang pedakwah!

  2. senapang patah berkata:

    Bismillah
    Allahummasollia’lamuhammad waa’laalimuhammad

    Terima kasih atas penerangan pihak tuan.

    Aku nak cadangkan supaya PAS menjalankan usaha2 tabligh kpd manusia. Ujudkan satu SAYAP KHAS yang sememangnya MENYELIA usaha2 mengajak manusia kpd Allah. Jadikan PAS satu jemaah yg lengkap. Praktikan konsep islam yg syumul. Dgn ini tiada lagi alasan utk tidak bersama jemaah PAS.
    Jika benar keluar 3,7 atau 40 hari memang di galakan islam, maka ayuh PAS jlnkan usaha tersebut. Malahan kita boleh gunakan nya utk menarik org bukan islam apatah lg org islam.

    Idea aku begini secara mudah fahamnya…
    Umumkan kpd ahli PAS untuk pergi berdakwah 7 hari contohnya. Jika ramai yg nak joint pecahkan kpd beberapa kumpulan utk berdakwah d beberapa kwsn. Dakwah tersebut mesti merangkumi semua hal dlm kehidupan awam, iaitu merangkumi hal ekonomi, ukhwah, ibadah khusus, ibadah sunat dll. Bukan sekadar mengajak ke masjid.
    Contoh ;
    -Berdakwah ke sebuah kampung yang kebanyakannya petani. Khaskan 7 hari tersebut untuk sebuah atau 2 buah keluarga sebagai sasaran utama. ahli qariah yg lain jgn di abai.
    1.dakwah ekonomi- bantu klrga tersebut bertani / berniaga 7 hari penuh …
    2.dakwah husus- solat apabila masuk waktu walaupun sedang di ladang / berniaga.
    3. dakwah sunat- amalkan puasa sunat, bangun malam dll.
    Apabila 7 hari berturut2 begitu, insyaAllah…

    Aku sendiri merasakan susah untuk berdakwah seperti itu, byk faktor menjadi penghalang. salah satunya kebanyakan ahli PAS bekerja makan gaji serta PAS tiada sumber ekonomi utk ahli PAS sendiri.

    Untuk menyelesaikan masalah ekonomi PAS;
    Ambil pendekatan seperti jemaah Al Arqam. Mereka mampu hidup sendiri kerana jemaah mereka lengkap merangkumi semua aspek keperluan manusia.

    Uishhhh…byk idea aku ni, tak larat nak tulis lg. Tapi secara kasarnya itu lah konsep yg aku nak PAS praktikan.
    Dalam berdakwah jgn kita abaikan ekonomi, kesihatan, jemaah, hiburan yg islamik kerana ia keperluan manusia.
    Apabila semua elemen itu ade dlm PAS, jgnkan org islam…yg bukan islam pun akan teringin menyertai jemaah kita.
    Boleh jadi jugak lontaran idea aku ni boleh membawa kpd tahap umat islam tiada yg layak menerima zakat. kerana semua telah mampu dan kukuh dalam jemaah yg sedia tolong menolong.

    Terakhir sekali ujudkan satu buku/kitab khas sebagai rujukan ahli PAS dlm menjalani kehidupan & kerohanian. MasyaAllah…

    iyyakanaqbudu waiyyakanastai’n
    ihdinassirotolmustaqim

  3. irah berkata:

    assalamualaikum..

    saya nak tahu apa perbezaan @ tidak ada perbezaan ntara pembawaan amal ma’ruf nahi mungkar y dibawa oleh PAS dan yang lain .cthnya ABIM..JIM..UMNO

    pemudawilayah – Terima kasih Irah.

    ABIM dan JIM adalah jamaah Islam yang berjuang melalui label NGO. Mereka membawa prinsip amal ma’ruf nahi mungkar pada sudut ekonomi dan sosial. Mereka membantu masyarakat dalam banyak hal tetapi dalam masa yang sama usaha mereka masih terbatas kerana tidak mencakupi ruang politik dan soal pentadbiran serta perundangan negara yang lebih besar. Oleh itu banyak gerakan amal ma’ruf nahi mungkar mereka menyentuh soal-soal masalah sosial tetapi kurang menyentuh atau menegur secara terus akan gejala rasuah peringkat kepimpinan politik negara.

    Umno pula menjadikan amal ma’ruf nahi mungkar sebagai bahan permainan dan tidak serius melaksanakannya. Dalam menguatkuasakan pelbagai undang2 melalui kuasa yang ada, pemimpin Umno sering terlepas walaupun mereka juga melakukan kesalahan. Peraturan dicipta untuk rakyat dan untuk jaga kepentingan mereka. Jadi amal ma’ruf nahi mungkar berlaku dengan tidak seimbang.

    PAS pula menjalankan kegiatan yang sama dengan ABIM dan JIM tetapi bezanya, PAS menyertai dunia politik. Agenda politik menjadi batu loncatan untuk PAS bersuara dalam segenap bidang dan melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar secara lebih terbuka dalam masyarakat tanpa adanya sebarang keterikatan. Berbeza dengan ABIM dan JIM, mereka masih terikat dengan Kerajaan Umno, kerana sebahagian dana tahunan yang diterima adalah dari peruntukan Kerajaan. Ini menjadikan mereka tidak begitu bebas untuk menegur kepimpinan Umno yang bermasalah.

    Jadi konsep amal ma’ruf nahi mungkar belum tercapai secara mutlak disitu kerana masih ada kepentingan tertentu.

    Sebab itu PAS mengambil sikap independen walaupun berkawan dengan parti lain dalam PAKATAN. Dalam soal amal ma’ruf nahi mungkar, kita tidak bertolak ansur. Malah pada perhimpunan PROTES yang lalu Pemuda PAS mengambil langkah yang tegas untuk boikot program itu lantaran wujudnya perkara-perkara mungkar yang boleh memburukkan Imej Islam dan PAS sebagai parti Islam.

  4. asyiq_azhad berkata:

    nak tnya..apa pulak perbezaan PAS dan PKR…??

  5. Azwaar KhaN berkata:

    apakah maksud “Amar Ma’ruf Nahi Munkar” ?

  6. […] Cuba baca beberapa contoh artikel berkaitan dengan amal makruf nahi mungkar ini (seperti ini, ini, ini, ini, ini dan ini.. ada 6 kesemuanya), dan saya pasti, tiada dalil yang mengatakan amal makruf ini […]

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF