PROWARIS YANG SEBENARNYA

19

Jun 7, 2007 oleh HermanSamsudeen


Ana dah lama ikuti perkembangan Prowaris ni…Prowaris adalah satu NGO yang didokong oleh anak-anak muda dan Kumpulan profesional Yang pro UMNO versi Shahir Samad-MP JB.

Mereka membawakan suara ketiga UMNO dalam masyarakat dan dalam masa yang sama cuba mengimbangi pengaruh UMNO-PAS dalam masyarakat. Walaupun ada idea untuk bertemu dengan pemimpin politik sebelum ini, tetapi mereka lebih suka untuk bermain dengan pemimpin UMNO.

Galaknya pergerakkan mereka hanya berlegar sekitar kepimpinan UMNO sahaja sebelum ini. Di peringkat Pembangkang mereka menunggu signal daripada Shahir yang menjadi Mentor mereka dibalik tabir. Sebab itu mereka hanya kenal satu dua orang je pemimpin PAS dan keadilan. Mereka belum benar-benar matang untuk meihat skop pengaruh dan kepimpinan PAS & kEADILAN.

Mereka juga dilihat kurang sehaluan dengan gerakan Pemuda dan Puteri UMNO, sesuai dengan sikap Shahir yang banyak bertentangan dengan peMimpin tertinggi UMNO selama ini.

Yang cantiknya, disana ada satu kekuatan kalangan mereka untuk menyelongkar sedikit isu-isu ekonomi yang berkaitan dengan kepentingan Kerajaan dan orang Melayu seperti isu MAS. Mereka membawakan isu-isu ini sama seperti suara Shahir. Walaupun dinafikan oleh Shahir dan Feriz (Peneraju PROWARIS) tentang kaitan antara Prowaris dan Shahir namun beberapa bukti kecil boleh kita lihat secara tidak langsung:

1. Laman Web PROWARIS menggunakan template yang sama dengan Web Shahir, UMNO JB dan Pemuda UMNO JB.

2. Senarai Link dalam laman Web Prowaris (http://www.prowaris.org) dan blog beberapa pemimpin PROWARIS mesti ada Link kepada Shahir dan UMNO.

3. Perjuangan mereka juga sama seperti shahir iaitu Melayu + Islam.

4. Kebanyakkan berita atau kenyataan semasa Prowaris boleh dilihat dalam Web Shahir. Walaupun kadang kala shahir ‘memukul’ kenyataan prowaris yang kadangkala menghentam @ mempersoalkan keputusan UMNO/Kerajaan tapi itu hanyalah ‘pukul-pukul anak’ sahaja.

5. Dalam ruangan Perbincangan Forum – Politik di Web Prowaris pula, mereka hanya berminat membincangkan Politik UMNO termasuklah mewujudkan kamar Forum khas Untuk UMNO dan Umno Coffee House bagi penyokong UMNO. Politik pembangkang belum lagi mendapat ruang dalam senarai mereka.

Walau apa pun, kita diperingkat Pemuda PAS mengalu-alukan dan menerima kehadiran mereka di pentas NGO dengan terbuka. Terpulanglah pada mereka untuk membawa hala tuju pergerakkan mereka. Dalam soal Melayu + Islam, kita diperingkat PAS telah lama perjuangkan. Kita bukan bawa isu-isu Islam sahaja, banyak lagi yang PAS bawa dan skop kita tiada keterbatasan kecuali diluar syariat.

Pemuda PAS pastinya menantikan kelibat PROWARIS ini dimuka pintu pejabat kita untuk kita bertemu dan berbincang tentang banyak lagi usaha dakwah Islam dan perjuangan Melayu serta rakyat keseluruhannya. 

Advertisements

19 thoughts on “PROWARIS YANG SEBENARNYA

  1. test berkata:

    prowaris tidak sebaik komen tuan, tembelang prowaris akan pecah sedikit masa lagi. tunggu.

  2. mansal damha berkata:

    Assalamualaikum Sdr.

    Terima kasih di atas ulasan sdr mengneai “prowaris yang sebenarnya”.

    Hanya sedikit respond daripada saya bahawa perkataan yang “sebenarnya” itu pun tidak semestinya “sebenarnya” ataupun “tidak sebenarnya”.

    Apa yang “sebenar/tida sebenarnya” itu adalah sesuatu yang subjektif dan abstrak. “Sebenar/Tidak Sebenarnya” daripada perspektif siapa?

    Apa yang penting ialah seseorang itu pastikan faktanya. Tepat atau tidak.

    Di dalam mana-mana parti politik, boleh dikatakan ramai daripadanya adalah hanya sebagai “pengikut” tidak ramai yang “memimpin” atau boleh/akan jadi Pemimpin. .

    Sama ada apa atau siapa yang mereka ikut itu mereka tahu atau faham sebenar-benarnya adalah sesuatu yang masih boleh dipertikai atau dipersoalkan.

    Dalam hidup kita ini banyak perkataan yang kita gunakan yang kita rasakan kita tahu makna sebenarnya. Kadang kala kita tidak tahu dan tidak mahu mengaku yang kita ni tidak tahu dan apa yang kita katakan sebenarnya.

    Seperti sabda nabi besar kita Muhammad s.a.w. di antaranya: “Ada orang tahu yang mereka tahu, ikutlah dia; ada yang tahu dia tak tak tahu, belajarlah daripadanya; tetapi ada yang tak tahu dia tak tahu, tinggalkanlah dia.”

    Tegasnya, bukan semua di dalam ProWaris terdiri daripada mereka yang Sdr kata atau andaikan itu. Dan bukan juga semua dalam PAS mereka benar-benar mengikut falsafah PAS. Sama juga seperti mereka yang di dalam Keadilan dan UMNO.

    Seperti kata pemimpin ProWaris, UMNO bukan untuk Melayu dalam UMNO saja. UMNO untuk semua orang yang memanggil dirinya Melayu.

    Begitu juga PAS bukan untuk orang-orang Islam dalam PAS saja. PAS untuk semua yang beragama Islam.

    Pun juga dalam Keadilan. Bukan semua dalam Keadilan saja yang berhak menuntut KEADILAN. Semua orang, tak kira bangsa, agama, dan warna kulit juga mahukan KEADILAN.

    Ia tidak terkecuali kepada hanya yang “memperjuangkan” keadilan.

    Yang penting di dalam ProWaris ialah kita sebagai peribumi di dalam negara yang bertuah ini hendaklah kembali ke pangkal jalan menuntut dan memperjuangkan hak kita sebagai tuanpunya Tanah Melayu ini, dan Agama suci yang dianuti mereka, iaitu Islam.

    Masa untuk ber”politiking” dah berlalu. Sekarang tibalah masanya untuk menegakkan kedaulatan Melayu; memperjuangkan Agenda Melayu, mempertahan dan menegakkan agama Islam yang suci ditempat yang sewajarnya,serta mempertahankan sistem beraja di negara ini yang telah bertapak berabad lamanya.

    Kita perlukan pemimpin dan kepimpinan yang benar-benar dapat mengembalikan maruah bangsa dan kesucian agama Allah ini.

    Pemimpin yang komited kepada memperjuangkan Agenda Melayu dan Islam (yang tidak semstinya Islam Hadari).

    Kembalilah ke zaman sebelum merdeka. Perjuangan datuk nenek kita ketika itu ialah: Apa yang dapat kami beri kepada zuriat kita setelah dijajah sekian lama.

    Bukannya: apa yang kita boleh dapat daripada perbuatan/”perjuangan” kita?

    Hancurlah padahnya kalau kita memperjuangkan apa yang “kita boleh dapat”. Rasuah akan berleluasa. Wang dan kebodohan akan bermaharajalela dan menguasai negara.

    Siapa yang banyak wang dia boleh beli kita. Maruah hilang, kampung, rakyat, bangsa, agama dan negara tergadai. Kalau ini berlaku, baiklah kita diperintah oleh penjajah kembali.

    Sia-sialah perjuangan datuk nenek kita dulu yang bergolok begadai untuk memberikan keamanan dan kebahagian kepada generasinya.

    Stop politiking. Start reuniting. The Jews will not be happy as long as we do not follow their ways! (Al-Baqarah 120).

    Yahudi dan Narani adalah saling bersekongkol untuk menghapuskan kita umat Islam (Al-Maidah 51), tetapi kita masih bercakaran.

    Ikutlah jalanKu; jalan yang lurus. Janganlah kamu berpecah belah, kerana jalan ini akan menyesatkan kamu semua. (Al-An’am 153).

    Inilah yang ingin dilakukan oleh ProWaris. Dan inilah perjuanganya yang “sebenar-benarnya.”

    Janganlah hendaknya kami dikaitkan dengan sesiapa. Janganlah cuba memesong dan mem”politikan” nawaitu dan perjuangan kami.

    Maka itu terserahlah kepada budi bicara tuan-tuan dan puan-puan untuk menghakimi segala gerak geri dan perbuatan kami nanti.

    InsyaAllah, kami akan terus melaksanakan nawaitu kami dan berpegang teguh dengan pendirian kami.

    Kerana kami tahu parti-parti yang bukan memperjuangkan hak ketuanan kami sebagai peribumi di negara ini, nampaknya “berpecah” tetapi sebenarnya mereka mempunyai strategi dan rencana yang kukuh untuk mempastikan mereka kekal utuh dan mungkin di suatu ketika nanti akan “memerintah” kita, kalau kita tidak berhati-hati dan berwaspada.

    Maka itu bukan saja kita akan terpinggir di dalam negara sendiri, akan tetapi telahn Allahyarham Aminuddin Baki supaya Melayu tidak “akan jadi seperti ayam di dalam kepuk mati kelaparan, itik di dalam sungai mati kehausan” akan menjadi kenyataan.

    Nauzubillah min zalik.

    mansal damha

  3. Rais Satimin berkata:

    Saya begitu kesal dengan keracunan yang melanda anak-anak kita terutamanya mereka yang begitu taksub dengan falsafah perjuangan pemimpin di PAS.

    PAS adalah suatu usaha yang baik tetapi orang-orang di dalamnya telah banyak berubah.

    Nah … sekali lagi dalam pandangan dewan pemuda ini kita lihat ketaksuban falsafah politik PAS yang jauh lebih disanjungi tanpa pertimbangan matahati yang baik.

    Biarkan usaha-usaha menyatupadukan Melayu dan Islam digerakkan. Tidak kira dari mana-mana pihak termasuk PAS, UMNO, Prowaris dan sebagainya.

    Kita harus berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dan jangan bertindak mengikut emosi. Emosi sentiasa didorong oleh syaitan dan akhirnya menyesatkan, laknatullah …

    Memang benar kata-kata Prowaris dan M Damha bahawa perjuangan agenda Melayu adalah bukan 100% milik UMNO, perjuangan kebangkitan Islam bukanlah 100% milik PAS dan perjangan menuntut keadilan adalah bukan 100% milik PKR.

    Sedarlah anak-anak ku, bahawa kita sudah kesuntukan masa . . .

  4. Sazali berkata:

    Apa benda ni …. saya tak nampak pun gambor polis melayu sebelum merdeka. puas aku mencari kat laman web depa …

    Cakap tu bior ler real sikit bro …

  5. Ibn Khaldun berkata:

    DPPWP, saudara sesat dan menyesatkan ….

    nampaknya reference kepada webpage prowaris, tidak benar.

    Sikap saudara melemparkan fitnah dan keaiban atas usaha yang baik adalah … lebih dahsyat daripada HATI PERUT YAHUDI ….

    Nauzubillahiminzalik …

  6. ahmad Kamal berkata:

    Saya telah menerima arahan dari anak guam saya untuk membawa kes kecaman Dewan Pemuda PAS ke atas Prowaris ke mahkamah. Sila hubungi saya segera.

  7. Justice For Islam berkata:

    Prowaris Menyaman Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

  8. ahmad salman berkata:

    Prowaris Yang Sebenarnya;

    1. Penyokong taksub Mahathir Mohamad

    2. Tidak mendapat tempat didalam Promuda

    3. Kecewa tidak mendapat tempat tinggi didalam UMNO

    4. Terpinggir dari projek-projek kerajaan akibat bersaranya Mahathir

    5. Dibiarkan bersuara oleh Pak Lah untuk memberi amaran kepada Samy Vellu

    6. Sangat irihati dan cemburukan Khairy Jamaludin

    7. Mahu cepat naik didalam UMNO dan menjadikan Prowaris sebagai landasan dan batu loncatan.

    8. Memperjuangkan Melayu hanya pada “gimik” sahaja.

    9. Mengutuk Pak Lah tetapi terpaksa bermuka-muka demi survival politik masing masing

    10. Berjaya menarik beberapa kerat dari kalangan pembangkang akibat dari polisi mengutuk kerajaan.

    11. Mengutuk kerajaan selari dengan pendirian terkini Mahathir.

    12. “apolitical” adalah gimik, agenda utama adalah menduduki takhta politik UMNO

    13. Tidak mempunyai organisasi yang teratur, hanya ahli yang menempel untuk menjadi batu loncatan didalam UMNO

    14. Berjumpa dengan orang orang kenamaan untuk mendapatkan faedah politik

    15. Perjuangan ibarat mercun, terbang tinggi meletup kuat tetapi habuk pun tarak

    16. Berharap sangat Najib menjadi Perdana Menteri

    17. Cukup benci Anwar Ibrahim dan percaya tuduhan liwat

    18. Bersungguh-sungguh menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO supaya mudah naik didalam UMNO dan mendapat projek segera

    19. Selalu menjual nama pemimpin-pemimpin tertinggi, yang kononnya dikenali rapat dan mudah dihubungi

    20. Batu loncatan dan portfolio Feriz Omar untuk melangkah ke gerbang politik melalui Pemuda UMNO dan akan disokong oleh Mukhriz 100%. Bercita cita menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO.

    21. Bermuka-muka dengan pembangkang untuk menampakkan mereka mempunyai sokongan dari segenap sudut walhal sangat membenci agenda Reformasi Anwar Ibrahim dan Hudud kerajaan PAS.

  9. MelayuMuda berkata:

    Sebenarnya link gambar yang DPPWP masukkan itu telah di delete. Walaubagimana pun saya menerima link alternatif untuk gambar lain yang dirakamkan semasa program Water Rafting Adventure di Kuala Kubu baru. Beberapa ahli wanita PROWARIS turut memakai seluar pendek…Maaf saudara Herman, saya terpaksa sebarkan link yang saudara beri untuk menjawab tohmahan penyokong-penyokong PROWARIS.

    Gambar 1 :

    Gambar 2 :

    Gambar 3 :

    Tentang saman tu, jika benar-benar berlaku..nampaknya PROWARIS bukanlah satu badan Profesional kerana gagal untuk menerima teguran sebegini dengan hati terbuka.

    Gambar-gambar ini hanyalah satu bukti bahawa PROWARIS bukanlah sebaik yang disangka.

    Tetapi jika mereka telah berubah dan Maznah Zulkifli dapat bertudung maka layaklah PROWARIS menjadi pejuang Islam bukannya pejuang Islam Hadhari yang Isteri Imam Hadharinya yang baru juga tidak bertudung. Al-Ghazali yang dicari…rambut merah yang ditemui….

  10. Dear DPP WP

    Salam Brothers and Sisters,

    We really hope that Dewan Pemuda PAS should not get involve with the trend of publishing stories that would tarnish efforts of uniting ummah.

    The young generation of PAS should look into implementing stratetegies to attract supporters via good image and setting examples.

    There have been too much confussion amongst the young muslims on who are the real fighters to organise Islamic renaissane and we believe that PAS, as our last hope, could work hand-in-hand with those who voluteer to promote unity for Islam eg. Prowaris, and in the case for Malaysia, to unite the disintegrated Malays.

    Our circle did have intellectual discourse with Feriz Omar, the ring leader for Prowaris. He is a very approachable, not emotional, wise and knowledgeable as well as a very focus person in making things happen. We pray for him and all of you.

    DPPWP,

    Please get back on track, repair and amend where needed as Muslims today are behind time. The Jews and Christians are working hand-in-hand via the Inter-Faith Committee and here we can’t sit together but instead prefer to kill each other.

    Enough with Hamas and Fatah …

    May our effort is accepted by Allah as fisabilillah.

    Mohamad Thariq Abdullah
    Melayu in Middle East

  11. jin_dalam_lampu berkata:

    mansal damha:
    Quote:
    “Maka itu bukan saja kita akan terpinggir di dalam negara sendiri, akan tetapi telahn Allahyarham Aminuddin Baki supaya Melayu tidak “akan jadi seperti ayam di dalam kepuk mati kelaparan, itik di dalam sungai mati kehausan” akan menjadi kenyataan.”

    Betulll… dan ini akan menjadi kenyataan jika penyamun dan perompak diberikan mandat.
    Perasuah akan hanya bersekongkol dengan perasuah. Perjuangan umno tersasar, menyimpang 360′ dan bercelaru membawa kehancuran. Rakyat Malaysia telah meluat dan mual dengan politik umno dan barisan.
    Malaysia Boleh….rasuah….

  12. MelayuMuda berkata:

    Wahai Jin Dalam Lampu

    Aku rasa engkau manusia paling tak layak untuk menjawab soalan itu keana engkau benar2 BODOH !!!!

    Kalau perjuangan UMNO tersasar 360 darjah maksudnya ia tak tersasar lah BAHLUL ….

    360 darjah memang tepat pada keadaan sebenar, lainlah 180 darjah ke, 90 darjah …

    Nak cakap, tapi ikut emosi tak ikut akal …. buat malu kita orang je … duduk diam-diam ler …

  13. Astaghfirullah …

    I hope the Brothers at Dewan Pemuda PAS Wilayah Persukutuan will obtain forgiveness from Allah for revealing “keaiban” and spreading “fitnah” on our sincere brothers in Prowaris.

    Nauzubillahiminzalik …

    Please perform your “taubah” brothers …

    Thariq Abdullah
    Melayu in Middle East

  14. jerung7 berkata:

    salam saudara,
    nak bagi pendapat sikit?
    1.kuatkanlah ekonomi setiap Ahli PAS
    iaitu menggalakkan setiap ahli mempunyai syarikat sendiri dan membantu setiap urusan dan meeting setiap masalah perniagaan di setiap daerah………???

    ISLAM itu lembut……………………
    -sekadar nurkilan-

  15. […] Prowaris pula masih keliru tentang DEB dan terus membuat andaian berdasarkan media BN tanpa berjumpa dahulu dengan Guan Eng. Prowaris telah meminta Guan Eng melakukan dahulu pelan tindakan khas kepada orang melayu terdahulu sebelum menghapuskan DEB. Tteapi adakah Prowaris mengetahui bahawa semasa BN memerintah Pulau Pinang dibawah Gerakan, adakah Prowaris pernah meminta Gerakan melakukan Pelan Tindakan terlebih dahulu kepada orang Melayu sehinggakan Media BN juga mendedahkan betapa teruknya kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang. Tidak pernah Prowaris melakukan demikian kerana pada masa itu BN memerintah, kedua Prowaris masa Gerakan menjadi pemerintah di Pulau Pinang, prowaris belum lahir lagi. Jadi kenapa sekarang pula nak mempertikaikan tindakan DAP terhadap DEB. Seperti kawan saya katakan, kalau pencacai tetap pencacai juga. […]

  16. Nur Salina Aina Muslim berkata:

    kalau dah buta hati, buta hati lah sampai bebila.

    ang kabur, sudah jelas.

    yang sembunyi dah keluar.

    kelantangan ProWaris dalam desakan Pak Lah undur dalam kenyataan yang berselerakkan seluruh dunia jelas menunjukkan bahawa Peetubuhan itu berjuang untuk Bangsa Melayu dan Islam.

    gara-gara itu juga, ratusan ahli profesional PAS menyertai Prowaris. sedangkan Sallahuddin Ayub mengiktiraf gerakan anak-anak muda Melayu Profesional bergelar Prowaris ini dilihat sebagai kumpulan “elit” Melayu dan Islam yang mempunyai gerak kerja mantap serta efektif memperdebatkan usul-usul ekonomi dan politik semasa.

    kalau dah buta hati, buta hati lah sampai bebila.

    Hidup Prowaris Malaysia, Hidup PAS.

    Hidup Feriz Omar, Hidup Nik Aziz.

    Allahuakbar !!!

  17. Joe berkata:

    Let me clarify about my comments.

    1. Its not about blaming prowaris or umno about their past wrong doings like comment regarding prowaris and guan eng.

    2. The point is, do PAS have a strong say in PR.

    3. If u do, prove it

  18. UMNO SERANGGA PEROSAK IMEJ MELAYU ISLAM berkata:

    BILA KALAH PILIHANRAYA…UMNO PUN MEMAINKAN LAGU SEMANGAT MELAYU MELAYU MELAYU TAK HABIS2…PROVOK SUPAYA BERLAKU PERGADUHAN MELAYU DENGAN CINA…BERPULUH TAHUN MEMERINTAH PERAK…KENAPA PRU 2008…PERAK DIKUASAI DAP…KALAU KAWAN BAIK HANG ( MCA ) BAGUS SANGAT…

    KALAU UMNO BERKAWAN DENGAN MCA…TAK KENA KUDAKAN KONON…YANG TANAH2 MELAYU DEKAT BANDAR DAN PEKAN HILANG GHAIB TU…SIAPA YANG KENA KUDA..

    KENAPA BANYAK SANGAT…KEDAI2 DAN GEDUNG2 MELAYU KAT IPOH, KL, PENANG, SELANGOR, JOHOR, NEGERI SEMBILAN, ….SAMPAI KENA GUNA MIKROSKOP
    BARULAH NAMPAK KEDAI2 DAN GEDUNG2 MELAYU…ITUKAH JASA UMNO 50 TAHUN BERKUASA…

    JASA UMNO TERBESAR…MERAMAIKAN PENAGIH DADAH MELAYU…DI FELDA2 YANG 1000% DIKUASAI MELAYU UMNO…SEBAB JKKRnya…UMNO TOTOK…YANG MERASA DIRI MEREKA TERPANDAI TETAPI TERPANDIR…

    CUKUPLAH JANGAN NAK MAINKAN ISU PERKAUMAN MELAYU LAGI WAHAI UMNO…SAYA WALAUPUN MELAYU…LEBIH RELA DUDUK DI BAWAH PERINTAH ORANG YANG BETUL2 KAFIR…DARIPADA YANG MENGAKU ISLAM…TETAPI PERBUATANNYA KAFIR DAN MUNAFIK…

  19. sayang melayu berkata:

    Mengapa semua kekasih allah disini berdebat dengan segala dunia yang kita tak pasti..

    Wallahuallam….

    ada benar kata segelintir sahabat…waktu untuk kita bersatu,tak kira ape fahaman pun yang terpenting ketuanan itu sahih….mengapa tidak kita beri segala semangat dan dorongan pada yang menegakkannya.kutuk mengutuk itu antara mereka dan yang diatas,yang terpenting perjuangan itu,pokok pangkalnya,tak kira seketat mana pun permusuhan itu,tak kira e jahat mana pun insan itu yang terpenting kesatuan yg perlu kita dahulukan.tidakkah sahabat terfikir tiada penyatuan sukar la kita menuju jalan yg “satu”.

    sahabat …..

    dalam waktu yang sebegini singkat, tidak lah sesuai utk kita mempersoalkan”MENGAPA semua isu yg berbangkit sekarang terjadi…..waktu saat dan masa ini adalah untuk kita persoalkan “BAGAIMANA” harus kita bertindak untuk menambah pulih ketuanan yang semakin di ragut….
    mari semua sahabat, jgn pernah peduli siapa pun insan itu sokong asal kan matlamat kita sama kearah ketuanan melayu kita, berhenti menunding sini dan sana……terang-terang dah pun tahu,adat duniawi sapa pun pemimpin kita, harus ada yang tak berkenan…para rasul yang BENAR pun ada yang menentang……

    dimana ada penyatuan, disitu lah jalan menuju pemulihan.
    bersatu dahulu,sebelum kita menyatukan,
    dgn bersatu juga, satu per satu tujuan dan matlamat kita akan menyatu…..
    pokok pangkalnya segala kegusaran yg kita luahkan selama ini…….insyaallah akan dapat kita selesaikan sedikit demi sedikit dengan bersatunya semua khalifah melayu…..

    DEMI KETUANAN MELAYU YANG SAHIH…….
    ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 129 other followers

Jun 2007
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: