Gambar Post Mortem Mayat Nurin

55

Oktober 10, 2007 oleh HermanSamsudeen


Sesiapa sahaja yang tengok gambar post mortem mayat Nurin ini memang akan berasa amat marah. Gambar ini telah tersebar dengan luasnya melalui email-email dan perkara ini pastinya berpunca dari kelemahan dipihak yang terlibat dalam autopsi tersebut.

Jarang kita melihat gambar-gambar sebegini didalam email kita melainkan dihantar oleh ‘orang dalam’ dalam Jabatan terbabit. Gambar-gambar tersebut memang menyentuh hati dan perasaan kita semua. Memang kejam dan zalim pembunuh Nurin.

Memang gambar tersebut tidak wajar dihebahkan memandangkan ianya menunjukkan alat sulit kanak-kanak malang ini. Dan kami dipihak Dewan Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyebarkan gambar tersebut atas dasar simpati kepada Keluarga Nurin. Walaupun ramai orang yang melihatnya atas niat untuk mengeji dan membakar kebencian pada pembunuh zalim ini, namun cukuplah apa yang dilalui Nurin. Biarlah rohnya damai di alam sana.

Tugas kita adalah mengawasi anak-anak kita, khususnya dimusim perayaan ini. Disamping itu, kita teruskanlah berdoa semoga penzalim yang menzalimi Nurin dapat ditangkap segera. Kita harus memberikan kerjasama kepada pihak Polis dan tidak membiarkan mereka terleka hingga membuka ruang untuk penjenayah bermaharajalela.

Kepada pihak Polis dan pegawai penyiasat kes ini, jalankanlah tugas anda dengan amanah dan bersungguh-sungguh. Hentikanlah tindakan mengugut rakyat dengan kuasa yang ada, kerana tugas Polis adalah untuk bantu rakyat. Jangan biarkan rakyat menunggu lama untuk kes ini diselesaikan.

Amaran keras polis edar gambar autopsi Nurin dalam Internet

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.

“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.

“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.

“Saya tujukan amaran ini khususnya kepada anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yang mempunyai akses secara langsung kepada gambar berkenaan dan juga sesiapa yang kini memiliki gambar itu,” kata Khalid.

Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.

Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.

Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.

Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.

Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.

Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.” – Bernama

55 thoughts on “Gambar Post Mortem Mayat Nurin

  1. Affuan berkata:

    Jadi, jangan lah kita meng’google’ gambar kanak2 malang tersebut. Plis la Malaysian.

  2. xpvsvista berkata:

    Susah sangat ke nak cari org yang pertama sekali edar gambar tu?

  3. luahan berkata:

    yeah betol..
    tapi sapa wat posting pasal ni mesti hits mencacak naik

  4. NikShikin berkata:

    Ya lah. Jangan lah buat begitu. Be responsible as a Muslim and as a human. Wallahualam.

  5. […] Gambar Post Mortem Mayat Nurin [image]Sesiapa sahaja yang tengok gambar post mortem mayat Nurin ini memang akan berasa amat marah. Gambar ini telah […] […]

  6. lala berkata:

    eyh common lah korang,pkirlah,in fact it’s good to sebarkan gambar nurin coz ini akan menjadikan satu contoh bagi kanak2…..

  7. ahmad berkata:

    tolong antar gambar post mortem arwah nurin ni kat saya..

  8. vangardx berkata:

    tp berdasarkan stats..ramai yg google wan

  9. jexto matt berkata:

    jika diperhatikan dari gambar kamera cctv, memang nampak pembunuhan tersebut telah dirancang. dan dari gambar lelaki yang meletakkan beg dan sebagainya. cuma yang menjadi persoalan, pembunuhan itu seolah-olah untuk memberi pengajaran atau dendam kepada keluarga mangsa kerana mangsa dirogol ditempatkan di kawasan awam bukan ditempat yang tersorok. sabar la keluarga jazlin, moga pembunuh dapat ditangkap secepat mungkin.

  10. pujah berkata:

    memang orang tue kejam dan jijik
    pujah benci sangat …sian kat nurin kan??

  11. ct Byzura berkata:

    I’m so sad!!!!

  12. boyy berkata:

    bunuh je orang yg bunuh nurin tue,dia bkn manusia tapi binatang

  13. manjer berkata:

    bodoh tol la pembunuh 2!!!!!!!!!!!cian kt arwah nurin 2….tak tenteram roh dye…….klu polis tak dpat tngkap si SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA nie,biarla dye dpat balasan kat neraka jahannam 2!!!!!!!

  14. Affuan berkata:

    Aku masih bengong dengan komen lala.. Baik? Untuk apa? Sini aku paste balik aper dier tulis.

    #
    lala, on October 12th, 2007 at 12:12 pm Said:

    eyh common lah korang,pkirlah,in fact it’s good to sebarkan gambar nurin coz ini akan menjadikan satu contoh bagi kanak2…..

    So?

  15. wendy berkata:

    tol tue…

  16. Ji berkata:

    lepas aku jadi polis kalau dapat tangkap pembunuh itu saya akan siat kulit pembunuh itu….bagi dia minum air kencing dan makan taik baru tau maksud penderitaan…..pembunuh itu betul betul anjing kurap

  17. siti berkata:

    terasa di benakku ingin sula buat satey yeahhh!!!!!!!!!!! kpd si kurap tu orait!

  18. nanie berkata:

    sedihnya!!!kenapa gambar ti disebarkan. wahai orang islam, sedarlah bahawa bedah siasat adalahmenyakikan dan mayatmerasainya kesakitan tersebut. kpd yang menyeberkannya, ia ibarat menghina keluargasi mati dam hanya menambah kesedihan mereka!!hanya tuhan yang mampu membalas perbuatan anda.

  19. hamba berkata:

    jangan lah wat camtu. ingat Allah siw.t

  20. ili berkata:

    kesian nurin ye siapa yang sebarkan gambar nurin itu tidakkah berasa bersalah.dan siapa yang membunuh nurin itu,semoga Allah S.W.T.membalas perbuatan kamu

  21. Puteri berkata:

    memang kejam kenapalah bt mcm tu…kita ada adab kenapa anak kecil dijadikan taruhan………..

  22. aku berkata:

    sdh la tgk nurin kena bunuh.,.bila la pembunuh dia nak kena tgkap???????

  23. wassupbaie berkata:

    semoga pembunuh adik nurin jazlin jazimin mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya…

  24. wassupbaie berkata:

    semoga pembunuh adik nurin jazlin jazimin mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang terkutuk itu…

  25. aida berkata:

    tolong bagi gambar post morten adik nurin.please….

  26. mike berkata:

    I just past his comment back but what if it was his child . Will he past in the news paper on tv news . Got no brain , That why u people are born so stupid.

    lala, on October 12th, 2007 at 12:12 pm Said:

    eyh common lah korang,pkirlah,in fact it’s good to sebarkan gambar nurin coz ini akan menjadikan satu contoh bagi kanak2…..

    So?

  27. sara berkata:

    pembunuh nurin mmg kejam,,,,,,

  28. hunny... berkata:

    mmg kejam org yg bunuh tue!!kalo dah terkena kt btang hidung sndri br tau..!yg bubunh tu xlayak dipanggil mnusia..tapi “binatang”…

  29. XFile82 berkata:

    Pls lah, jgn libatkan ttg keagamaan pasal ni, smua Insan yg d cipta juga msti Kesal dgn prkara yg brlaku, tpi apakah Kesedaran antara kita? Mau ka prkara ini brulang? atau tiadakah pencegahan dari kita? atau waspada? Mcm kita leka.. bila ada 1 kes baru riuh.. tpi tgok da byk kes mcm ni sblum, smua ttg kesadisan prbuatan yg luar dari kemanusiaan/moral! – Sya ingat Moral harus kita pelajari samarata. What Goes Around Comes Around.. they’ll get what it takes nti.. Hell & Heaven Given to judge if Earth tak dpt judge suda!

  30. baby cute berkata:

    sape yg bnuh nurin 2 mmg xde hati perut! mcm ane klu anak pmbunh 2 kene mcm 2? ape persaan sdiri? bodoh! klu aku dpt tgkap pmbunuh 2,aku cincang zakar dia ,lps 2 aku bt sandwich,bg dia makan!baru dia tau mcm mane mderita! mga ALLAH mencucuri roh NURIN. pesanan kpd PEMBUNUH:
    1. TUHAN MAHA PEMAAF.segeralah bertaubat.
    2. pembalasan pd hari akhirat amat perit.ingtlah kita pda ALLAH slalu.TUHAN MAHA BESAR!
    3.sekarang ni TUHAN suka bg balasan on spot,jd beringtlah pada masa skarg! dunia dh nk kiamat.

  31. shah berkata:

    ader baik & buruknyer semua ni.. bg aku, yg baik nyer, aku dpt wat kan ank2 aku insaf dgn tgk gambo2 tu.. skrg2nyer ader gak bkti aku nak tnjk kat ank2 aku mcmne klu kene culik… ank2 aku skg ni, dah x nkl cam dulu lagi.. skg nih dorg dgr ckp. tp, yg brk nyer tu dtg bile korg pk hal2 yg buruk… so, think la yg +ve bg aku, ini bgs gak utk peringatan kiter…

  32. Keyboard berkata:

    kalau jadi kat keluarga kita?

  33. Keyboard berkata:

    Kalau jadi kat adik ker..anak ker atau sedara2 korang… nak sebar tak bagi orang tengok. pastu ada la yg edit2 buat wallpaper.. Amacam? Orang yang zalim tu akan di balas di dunia lagi. Boleh tgk mcm kat malaysia ni. Byk dah. Ketua polis yg zalim dah terima. Peguam zalim dah terima… ramai lagi.
    Itu janji Allah… bukan janji melayu…

  34. kaji berkata:

    minta mr. HermanSamsudeen hitamkan, atau remove 40% gambar tu diatas, tolonglah jangan dedahkan aib orang lain walaupun sekadar separuh gambar..

  35. HermanSamsudeen berkata:

    Saya terima pandangan kaji dan gambar tersebut akan ditukarkan kepada gambar lain…

  36. Lopung berkata:

    Sabolah kengkawan ku… suatu masa nanti keluar gak c pembunuh 2. Mustahil dier x tinggalkan ckit pun bukti kannnnn….
    cian nurin…

  37. Tembam berkata:

    Hi Kaji, Tembam here. Do you know that Citizens for Nurin Alert is a group of bloggers who came together to call for a NURIN Alert system. This is a system based on the AMBER Alert system in the US to resuce missing children alive. Read more about NURIN Alert in the latest issue of TELL magazine. We need your support.

  38. khairy berkata:

    kat parlimen sramai 500 orang polis dperalatkan untuk menangkap pmimpin islam sebenar…kan elok klu 500 anggota polis ni selesaikan masalah rogol d malaysia…

  39. antasya berkata:

    parah btol skrg nih dah ramai org gila pakat ramai2 nak bunuh budak2 kecil yang x berdoser. knper diorg x bunuh jer org2 yg betol2 x bguna mcm penyamun ker, pelacur ker yang bwk mcm 2 mslh. aper la skrg nih mslh rogol x prnh selesai..bila sibok2 diorang kater dlm siasatan dan jgn ganggu keje polis. tp bila kita diam…langsung dah xde berita pasal pbunuh adik nurin. diorg lebih sibok kn kes2 lain…ermmm…polis2 malaysia kene dihntr ke luar negara utk bekursus jd polis yg profesional. bkn terima laporan shja. malaysia dah x selamat. selamatkan lah anak2 kecil diluar sana. sesungguhnya mereka mungkin adalah pemimpin n pembela negara kita suatu masa nanti.

    apa pun skrg nih ramai mak bapak yang dah gila dan x reti jaga anak. kalo kita dpt tgok paling jelas selalunya di pasaraya. mak bapak sibok bkepit..n anak hilang jap lagi dengor la suara kepada ibubapa yang kehilangan anak sila dtg ke kaunter. perrrr…parah2…kalo x pon kita ble nampak budak menangis cari mak bapak dia. bodo ke aper mak bapak skrg nih…senang sgt ke diorang beranak..pelik la aku..

    sory aku dah ditahap bengang giler..tp xde la sampai nak bunuh org…ade satu hari aku nmpk bdk lelaki menangis belari kehulu ke hilir…last2 aku pegang bdk tuh ..nak tanya..bkn aper..knper nangis2 lari2..mak abah mana.. korang tau dia jwb aper…
    teka la..

    dia dtg pasaraya tuh ikut kakak…kakak dia jumpa kawan..(boyfriend) aku tanya siap2..sebab jap lagi nak taboh kat kakak dia…kononlaaa.. pastuh aku bwk dia gi kaunter…ala tmpt selalu bdk di umumkan tuh hehehe pastuh dtg la kakak ngok ngek nih..nangis2 br tingkatan berapa…aku dah luper..boyfriend dah balik br tringat bwk adik gi dating….(bodo btoi) blom sempat aku taboh…dia tampo muka adik dia yg kecik tuh…sampai aku dah xcakap aper dah..raser nak menitis air mata tgok bdk tuh…bdk kecik cuma peluk je kakak dia…ksian btol…aper la nasib dia. kalo la org lain ada niat jahat dah lama dah….ya..alllah..aku cuma doakan bdk tuh selamat balik jer.

    kadang-kadang aku jd tension ngan mslh bdk2 skrg nih mak bapak pon slalu la…buat maslh kat tmpt awam pukul ank…erm.. smbhyang la byk2 doa …ank tuh anugerah bkn sampah. jaga la..sebelum kita menyesal tanpa kita duga.

    sory aku mmbebel lebih2… k cau cin cau.

  40. antasya berkata:

    huhuhuh

  41. AWEK BUGIS 86 berkata:

    bila la agaknya pembunuh binatang tu tertangkap ya? tu bukan manusia,,iblis! kan lebih baik dia tak di lahirkan di dunia ni..mudah-mudahan hidupnya tak akan tenang…dan buat keluarga arwah nurin, takziah dari saya,, semoga roh adik nurin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman …al-fatihah.

  42. Zahari Bin Rahamat berkata:

    Kalau saya jumpa orang yang yang mula-mula edarkan gambar tu saya tangkap dan ambil gambanya dan pamirkan kepada orang ramai….

  43. iella berkata:

    naper sampai skrg masih x dapat cari pembunuh kejam tu?blum pun selesai kes nurin kes shalini pulak.saya rasa cam x selamat je kanak2 kat malaysia ni

  44. lisawan23 berkata:

    memang terasa sebak dan marah apabila melihat seorang kanak2 cantik yg cerdas dan cergas seperti adik nurin kita diperlakukan seperti itu, ternyata org yg melakukan perbuatan ini sudah tidak lagi mempunyai rasa perikemanusiaan langsung.

    Salam dan ucapan takziah dari lisa sekeluarga buat keluarga adik Nurin. Semoga Allah SWT memberkati dan mencucuri rahmat ke atas roh adik Nurin kita. Amin.

    – lisa wan

  45. meon69 berkata:

    Kalau dapat tangkap pembunuh tu, dan disabitkan bersalah,…. jangan terus gantung…. kita siksa dia dulu.

  46. fiffiee berkata:

    sy nak tgk..tolong anta kat sy leh?

  47. vanee berkata:

    I just discharge from hospital after 7 month in hospital
    But i really can’t realise how they can murder the kid
    like that! I juz hope tat who do tis nonsense all will b
    punished by God as soon as possible.
    If can, can i receive the clips?

  48. ARINA IRWANI berkata:

    YA ALLAH YA TUHANKU….
    AKU MEMOHON KEPADAMU AGAR DIBERIKAN PERTUNJUK SERTA KESEDARAN KEPADA UMAT ISLAM AGAR MENYEDARI BAHAWA ITU ADALAH SALAH SATU BALA YANG DITURUNKAN KEPADA KITA UNTUK BERFIKIR TENTANG KEKUASAANNYA DAN MENGINSAFI DIRI….BAHAWA BALA ITU TIDAK SEMESTINYA JATUH KEPADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAH TETAPI KEPADA ORANG SEKITARNYA….
    BERTAUBAT LA KITA DAN PERCAYALAH YANG ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI SETIAP APA YANG TERJADI.

  49. ustaz berkata:

    Jgn hantar gambar tu kat ana. Hidup mati semula pun ana tak nak tengok. Wahai pembunuh dan penyebar gambar anda setaraf.

  50. intan berkata:

    saya sokong itu semua>>>>>>>>>>>>>>

  51. insanygsimpati berkata:

    takpe..tuhan maha adil…tak hari ni dia kena balas, esok lusa sapa tau..ktk berdoa agar rohnya adik nurin tenang..org jahat, penjenayah dan yg bersekutu dgn nya..pasti ada balasan..

  52. assimeple berkata:

    Is that a new way? Are you interested in my eccentric force I have read a good joke in internet 😉 What did the sailor say when he saw a boat loaded with ewes? Sheep ahoy!

Tinggalkan Jawapan kepada Affuan Batal balasan

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF