Nik Aziz beri kebebasan anak bersuara

Tinggalkan komen

Mei 7, 2009 oleh HermanSamsudeen


alaysiakini : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti.

Menteri besar Kelantan itu mengakui beliau ada menegur Nik Abduh berhubung tulisannya dalam blog http://nikabduh.wordpress.com yang menyentuh soal parti baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nik Aziz menegaskan, anaknya itu seorang yang terpelajar dan tahu selok belok PAS kerana terlibat secara langsung dalam parti sebagai timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, lapor Bernama.

nik mohd abduh nik aziz“Terpulanglah pada Nik Abduh. Saya tegur dia satu (perkara). Saya beritahu dia, tapi saya tak nak sebut di sini.

“Pergilah tanya dia. Dia (Nik Abduh) ada ilmu, dia belajar di luar negeri, dia juga terlibat dengan politik, dia jadi Timbalan Ketua Pemuda Negeri, dia ada ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras Nik Abduh terhadap beberapa pihak dalam parti termasuk para pembantu bapanya yang didakwa memberikan gambaran dan nasihat yang salah dalam isu politik.

Ini termasuk isu cadangan kerajaan perpaduan antara BN dan PAS serta apa yang dianggap sebagai usaha melaga-lagakan Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ekoran tulisannya bertajuk ‘Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS’, Nik Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa turut dipanggil ke tribunal Dewan Ulama PAS oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan bagi memberikan penjelasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other followers

Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: